Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mekanisme berkesan perlu diwuujudkan antara semua agensi kes kecemasan di laut
  • TEMPATAN

Mekanisme berkesan perlu diwuujudkan antara semua agensi kes kecemasan di laut

Utusan Sarawak 14 hours ago

UCAPAN....Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berucap pada majlis perasmian Program SAREX MRSC Kuching, bertempat di Dewan IKS, Tanjung Manis hari ini. 

TANJUNG MANIS: Satu mekanisme mantap dan berkesan perlu diwujudkan antara semua agensi bagi menghadapi insiden kecemasan di laut.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata ini bagi memahami peranan serta tanggungjawab sebagai penyelaras dan pelaksana dalam operasi Carilamat di Wilayah Laut Carilamat (MSSR). 

“Bagi merealisasikan tanggungjawab ini, latihan mencari dan menyelamat perlu diadakan bersama agensi berkaitan supaya operasi Carilamat dapat dilaksanakan dengan cekap dan teratur,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Latihan Mencari dan Menyelamat (SAREX) tahap 3 di Dewan IKS, di sini hari ini. 

RASMI…..Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz merasmikan Program SAREX MRSC Kuching. 

Program itu dianjurkan Pusat Kawalan Operasi Maritim (MRSC) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Manis.

Mohd Khairi berkata perkhidmatan mencari dan menyelamat (Carilamat) di laut adalah satu obligasi antarabangsa dibawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982). 

Katanya, Artikel 98(2) undang-undang tersebut menetapkan setiap negara yang mempunyai pantai perlu menubuhkan, mengoperasikan dan menyelenggara perkhidmatan Carilamat yang cekap dan berkesan.

“Malaysia merupakan salah satu ahli kepada Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), hendaklah menyediakan perkhidmatan Carilamat untuk memastikan keselamatan perairan negara dan antarabangsa.

“Sebagai agensi peneraju operasi mencari dan menyelamat, Maritim Malaysia sentiasa komited menggalas amanah tersebut dengan mengkoordinasikan operasi Carilamat bersama agensi penyelamat lain, agar aset serta sumber manusia dapat digunakan secara optimum,” katanya.

UNTUK ALBUM….Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz  bergambar bersama yang lain selepas merasmikan Program SAREX MRSC Kuching di Tanjung Manis.

Beliau berkata latihan SAREX bermula hari ini hingga 28 Ogos, melibatkan 21 agensi dan jabatan kerajaan, badan swasta serta media dengan kekuatan hampir 200 orang. 

Dalam pada itu, katanya, Maritim Negeri Sarawak telah melaksanakan 83 program pencegahan SAR di seluruh negeri setakat Julai lalu. 

“Diharapkan dengan program pencegahan SAR yang dilaksanakan ini mampu menyedarkan komuniti maritim tentang pentingnya akan kesedaran keselamatan semasa menjalankan aktiviti di laut,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Cahaya pelik di langit gemparkan penduduk Bintulu
Next: Sarawak diiktiraf sebagai kuasa ekonomi, Affin Bank kukuhkan kehadiran di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.