Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cahaya pelik di langit gemparkan penduduk Bintulu
  • TEMPATAN

Cahaya pelik di langit gemparkan penduduk Bintulu

Utusan Sarawak 18 hours ago
Antara gambar tular yang dikongsikan oleh penduduk Bintulu di media sosial.

BINTULU: Langit Bintulu malam tadi berubah wajah apabila pancaran cahaya tegak seakan-akan tiang muncul secara tiba-tiba sekali gus mengemparkan penduduk yang menyaksikannya. 

Fenomena luar biasa sekitar jam 8.30 malam itu dapat dilihat jelas dari Tanjung Kidurong, Kampung Jepak hingga ke pusat bandar membuatkan orang ramai teruja merakam momen berkenaan dengan telefon bimbit.

Ada yang mengaitkannya dengan makhluk asing, namun hakikatnya ia adalah fenomena optik semula jadi dikenali sebagai ‘light pillars’ atau tiang cahaya. 

Keindahan ini terbentuk hasil pantulan cahaya pada kristal ais di atmosfera, dengan bentuknya berbeza mengikut lokasi dan keadaan sekeliling.

Fenomena itu dikatakan jarang berlaku di Malaysia dan menurut beberapa komen warganet, ia biasa berlaku di negara iklim sejuk.

Fenomena tiang cahaya dikatakan fenomena optik semula jadi.

Kemunculan tiang cahaya itu dalam pelbagai bentuk pula bergantung kepada lokasi serta persekitaran.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Handover of RTP Project Award at SK Satria Jaya
Next: Mekanisme berkesan perlu diwuujudkan antara semua agensi kes kecemasan di laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.