Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki nyaris maut, kenderaan remuk teruk selepas terbabas di Jalan Bakong, Miri
  • KEMALANGAN

Lelaki nyaris maut, kenderaan remuk teruk selepas terbabas di Jalan Bakong, Miri

Utusan Sarawak 10 hours ago

REMUK…. Keadaan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa selepas terlibat kemalangan berhampiran SK Kelapa Sawit 2 Jalan Bakong malam tadi.

MIRI: Seorang lelaki bernasib baik apabila terselamat walaupun kenderaan pacuan rodanya remuk teruk selepas terbabas dan melanggar beberapa batang pokok dalam kemalangan berhampiran SK Kelapa Sawit 2, Jalan Bakong di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar 10.30 malam.

Katanya sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak 56 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakuĀ kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan pacuan 4×4 dipandu lelaki berusia 40 tahun telah terbabas ke dalam semak dan melanggar beberapa batang pokok.

“Kejadian itu menyebabkan bahagian bumbung kenderaan kemek menyebabkan pemandunya terperangkap di tempat duduknya,” katanya.

Katanya, setelah selesai penilaian,pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kenderaan yang menghalang mangsa untuk keluar.

“Mangsa hanya mengalami luka kecil di bahagian kepala dan mangsa diberikan rawatan awal oleh pihak Klinik Kesihatan simpang Bekenu,” ujarnya.

Operasi itu tamat sekitar 12.20 tengah malam.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lembaga siasatan peroleh perakam data, video pesawat F/A-18D Hornet terhempas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.