
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah mengunjungi kedai sukan UH Sport Sdn Bhd yang terletak di pusat bandar raya, petang tadi.
Kedai tersebut menawarkan pelbagai pilihan pakaian, kasut, peralatan sukan serta bendera Sarawak dan Malaysia.
Pada kesempatan itu, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah membeli beberapa helai bendera Malaysia dan Sarawak untuk dipasang di kediaman peribadi bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang diraikan setiap tahun.

Tun Wan Junaidi menzahirkan harapan agar seluruh rakyat turut memasang bendera Malaysia di premis masing-masing sebagai tanda kecintaan serta semangat patriotisme terhadap negara.
Selesai urusan membeli bendera, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut singgah di sebuah kedai perkakasan bagi mendapatkan tiang bendera.