Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Regu KBDS Sweet dan Sour dari Sri Aman muncul juara dart beregu Betong 2025
  • SUKAN

Regu KBDS Sweet dan Sour dari Sri Aman muncul juara dart beregu Betong 2025

Utusan Sarawak 18 hours ago
JUARA bagi Kejohanan Dart Beregu Jemputan dan Tertutup Betong 2025 ‘Penema Siries’ menyaksikan sebanyak 104 regu bertarung dalam 524 perlawanan. Foto: BLAQxQ Darters

BETONG: Kejohanan Dart Beregu Jemputan dan Tertutup Betong 2025 ‘Penema Siries’ yang berlangsung selama dua hari di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan berakhir dengan penuh gemilang, menyaksikan 104 regu bertarung dalam 524 perlawanan.

Bagi kategori paling berprestij iaitu Gold Plate, regu KBDS Sweet dan Sour dari Sri Aman muncul juara selepas menundukkan saingan sengit daripada regu-regu lain. 

Tempat kedua dimenangi KSDS Viper dari Saratok, manakala dua regu lain iaitu KSDS Ketok (Saratok) dan GMDS Shooter (Sri Aman) masing-masing berkongsi tempat ketiga.

NAIB juara KejohananDart Beregu Jemputan dan Tertutup Betong 2025 ‘Penema Siries’ menyaksikan sebanyak 104 regu bertarung dalam 524 perlawanan. Foto: BLAQxQ Darters

Bagi senarai lapan pasukan terbaik Gold Plate, antara pasukan yang menyerlah ialah GMDS Aney, KSDS One Piece, Sambir Bistari Q dan BSDC LA8. 

Sementara itu, kedudukan pasukan 16 terbaik kategori Gold Plate turut menyaksikan beberapa nama besar mara seperti Sambir Bistari 2, TSM 1, KBDS Bar dan Melody, Lemanak Darters A dan BP, Landas Free Darters, Landas Fixed Target, serta Off Grid 1.

Tidak kurang menarik, kategori Silver Plate juga menjadi tumpuan dengan kemenangan bergaya oleh KSDS TS 3 dari Saratok yang menewaskan MDC MM (Bintangor) di tempat kedua, manakala tempat ketiga dikongsi KBDS Rayau (Sri Aman) dan Melbar Shark (Saratok).

Pengerusi BLAQxQ Darters, Ketua Kampung Abang Shafadila Abang Ullie berkata kejohanan edisi kali ini bukan sahaja menyerlahkan bakat pemain-pemain tempatan tetapi turut mengukuhkan lagi kedudukan Betong sebagai pusat tumpuan sukan dart di Sarawak.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang menjayakan kejohanan kali ini, dengan harapan tradisi persaingan sihat dan semangat kesukanan terus subur.

TEMPAT ketiga KejohananDart Beregu Jemputan dan Tertutup Betong 2025 ‘Penema Siries’ menyaksikan sebanyak 104 regu bertarung dalam 524 perlawanan. Foto: BLAQxQ Darters

“Siri seterusnya bakal menyaksikan penganjuran lebih besar apabila tumpuan beralih ke pentas ‘Parlimen Siries’ 2025 bakal diadakan di Betong sekali lagi,” ujarnya.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu anjuran dengan kerjasama Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Layar dan Penema Engineering.

TEMPAT ketiga KejohananDart Beregu Jemputan dan Tertutup Betong 2025 ‘Penema Siries’ menyaksikan sebanyak 104 regu bertarung dalam 524 perlawanan. Foto: BLAQxQ Darters

Kejohanan Dart Beregu Jemputan dan Tertutup Betong 2025 telah disempurnakan Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu, manakala majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Pengerusi BLAQxQ Darters, KK Abang Shafadila Abang Ullie.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kejohanan Badminton Dunia 2025: Zii Jia pulang awal, tewas kepada Hyeok Jin
Next: Regu KESTAP B muncul juara Pertandingan Sepak Takraw Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.