Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Eze mampu cipta magis misi kejuaraan Arsenal – Arteta
  • SUKAN

Eze mampu cipta magis misi kejuaraan Arsenal – Arteta

Utusan Sarawak 1 day ago

EZE menjadi pemain ketujuh menyertai Arsenal. Foto AFP

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta percaya pemain baharu, Eberechi Eze mampu mencipta detik magis sekali gus membawa The Gunners ke tahap berbeza musim ini.

Eze diperkenalkan kepada penyokong di Stadium Emirates sebelum Arsenal berpesta gol membelasah Leeds 5-0, kemenangan kedua berturut-turut yang melonjakkan mereka ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) awal musim ini.

Pemain antarabangsa England itu menandatangani kontrak empat tahun dengan nilai perpindahan mencecah £68 juta (RM415 juta) selepas Arsenal berjaya menggagalkan perpindahannya ke seteru utama, Tottenham Hotspur.

Bagaimanapun, Eze, 27, tidak sempat diturunkan menentang Leeds namun dijangka bakal membuat penampilan sulung menentang juara bertahan Liverpool di Anfield hujung minggu depan, susulan kecederaan yang menimpa Bukayo Saka (hamstring) dan Martin Odegaard (bahu).

“Dia (Eze) mempunyai kapasiti untuk mencipta detik magis. Dia boleh melakukannya dari pelbagai posisi dan situasi. Bakat istimewa serta karismanya sangat berkait. Ia jelas menunjukkan keinginan kami untuk membawa kelab ini ke tahap berbeza,” kata Arteta.

“Bakatnya tidak perlu dipertikai. Dia sudah berpengalaman dalam liga ini, personalitinya juga luar biasa. Dia boleh bermain di beberapa posisi, tengah menyerang, kanan atau kiri dan anda boleh lihat betapa bermaknanya penyertaan ini buat dirinya.”

Eze menjadi pemain ketujuh menyertai Arsenal pada jendela perpindahan kali ini selepas Viktor Gyokeres, Cristhian Mosquera, Martin Zubimendi, Kepa Arrizabalaga, Christian Norgaard dan Noni Madueke.

Arsenal menamatkan saingan di tangga kedua liga untuk tiga musim berturut-turut dan kali terakhir meraih trofi lima tahun lalu. 

Kehadiran Eze dilihat sebagai bukti kesungguhan mereka menamatkan penantian 22 tahun untuk menjuarai EPL.

Eze yang kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya turut kekal sebagai legenda Crystal Palace selepas menjaringkan gol kemenangan di final Piala FA menewaskan Manchester City, sekali gus menghadiahkan trofi utama pertama dalam sejarah kelab itu, Mei lalu.

Sementara itu, Saka dan Odegaard akan menjalani imbasan bagi menentukan tahap kecederaan masing-masing. 

Saka sebelum ini berehat lebih tiga bulan musim lalu selepas pembedahan hamstring kanan, dan kali ini mengalami kecederaan di bahagian kiri. 

Odegaard pula sudah terlepas 12 perlawanan musim lalu akibat masalah buku lali.

“Musim lalu kami terpaksa berdepan terlalu banyak kecederaan. Permulaan musim ini juga tidak bagus dari segi itu, tetapi saya yakin kami kini lebih lengkap. Jika mahu kekal dominan di tahap ini, tiada pilihan lain,” kata Arteta. – AFP

Continue Reading

Previous: Larian Separuh Maraton 2025 pacu gaya hidup sihat dan komuniti harmoni
Next: Selepas jaring gol, United lupa cara bermain – Amorim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.