
YUZHNO-SAKHALINSK (Rusia): Gempa bumi bermagnitud 5.6 direkodkan berhampiran pantai Kepulauan Kuril utara pada Sabtu, kata ketua stesen seismologi Yuzhno-Sakhalinsk, Elena Semenova, kepada RIA Novosti.
“Gempa bumi bermagnitud 5.6 berlaku di Lautan Pasifik pada 14:44 (03.44 GMT) pada 23 Ogos, dengan pusat gempa terletak 103 kilometer di timur bandar Severo-Kurilsk di Pulau Paramushir. Fokus gempa berada pada kedalaman 49 kilometer,” kata pakar seismologi itu.
Gegaran bawah tanah itu dirasai di Severo-Kurilsk dengan kekuatan empat mata. Tiada amaran tsunami dikeluarkan, tambahnya.– Bernama-Sputnik/RIA Novosti