Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SBC terajui latihan pengadil badminton di Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

SBC terajui latihan pengadil badminton di Sarawak

Utusan Sarawak 12 hours ago
KURSUS pengadilan itu menarik penyertaan seramai 21 peserta dari seluruh Sarawak. Foto: SBC

SIMANGGANG: Usaha melahirkan lebih ramai pengadil badminton bertauliah di Sarawak terus diperkasa dengan penganjuran Kursus Pensijilan Pengadil Gred A oleh Kelab Badminton Simanggang (SBC).

Kursus selama dua hari itu berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Simanggang dengan kerjasama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Kursus ini berjaya menarik 21 peserta dari seluruh Sarawak yang berminat mendalami bidang kepengadilan, dengan matlamat meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh mutu pengurusan perlawanan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Penceramah berpengalaman, Anthony Ugor Nili, membimbing peserta melalui sesi teori dan praktikal merangkumi peraturan perlawanan, isyarat pengadil, pengurusan kejohanan serta analisis kes sebenar yang mudah difahami.

Pendekatan interaktif turut menjadikan suasana kursus lebih segar apabila peserta aktif bertanya soalan dan berkongsi pandangan.

Pengerusi SBC, Kapitan Tay Buan Boon menegaskan penganjuran kursus ini penting kerana pengadil adalah tonggak utama memastikan keadilan dan kelancaran perlawanan.

FOTO: SBC

“Kami berharap lebih ramai pengadil berkaliber dapat dilahirkan bukan sahaja di Simanggang, malah di seluruh Sarawak,” katanya.

Semua peserta akan menduduki peperiksaan kebangsaan BAM pada hari ini, dan mereka yang lulus bakal menerima Sijil Pengadil BAM-A, sekali gus diiktiraf sebagai pengadil rasmi di peringkat nasional.

Kejayaan penganjuran kursus ini bukan sahaja mengukuhkan peranan SBC dalam pembangunan badminton, malah menjadi langkah strategik dalam memperluas jaringan kepengadilan profesional di Sarawak.

SBC turut merancang untuk meneruskan program seumpama ini pada masa depan sebagai kesinambungan dalam melahirkan tenaga pengadil berkualiti.

Turut hadir, ahli jawatankuasa SBC, Venessa Phang Iywon dan Kueh Chinn Sian, Timbalan Pengerusi Teknikal Persatuan Badminton Sarawak, Robert Lau Sie Yong serta Tay Guan Shen dan Tay Choon Ping.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: KRT, JKKK Kampung Patingan perkukuh jalinan komuniti di Mukah
Next: Sarawak bakal tubuh Pusat AI perkukuh infrastruktur digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.