Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KRT, JKKK Kampung Patingan perkukuh jalinan komuniti di Mukah
  • Tengah
  • WILAYAH

KRT, JKKK Kampung Patingan perkukuh jalinan komuniti di Mukah

Utusan Sarawak 10 hours ago
RAKAM KENANGAN…Siti NurFatimah (duduk tiga kanan) serta Mohamad (tengah) merakam kenangan bersama rombongan KRT JKKK Kampung Patingan dan KRT Kampung Tutus Hikir di Balai Raya kampung berkenaan di Mukah, semalam.

MUKAH: Buat pertama kali, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Patingan mengadakan lawatan ke KRT Kampung Tutus Hilir di sini.

Lawatan disertai 24 ahli KRT dan JKKK Kampung Patingan itu diketuai Pengerusi KRT dan Ketua Kaum (KK) kampung berkenaan, Mohamad Yusof dan Othman Patrick.

Rombongan tersebut diraikan dalam Majlis Jalinan Integrasi Nasional Komuniti Bersama KRT Tanjung Patingan Bahagian Kuching oleh KRT Kampung Tutus Hilir.

SESI penyampaian cenderamata.

Majlis dihadiri Pegawai Perpaduan bahagian Mukah, Siti NurFatimah Hussen dan Pengerusi KRT kampung berkenaan, Zaffarin Bohari.

Dalam ucapan ringkasnya, Siti NurFatimah berkata, inisiatif lawatan tersebut sangat baik dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim di antara KRT dan JKKK sekali gus memberi peluang kepada ahli untuk mengenali kampung Tutus Hilir dan kawasan sekitar.

Katanya, menerusi lawatan itu, peserta rombongan mempelajari proses membuat snek ringan, tabaloi, umai yang menjadi makanan popular dalam kalangan pelancong.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan terima kasih kepada KRT dan JKKK Kampung Patingan kerana memilih Kampung Tutus Hilir sebagai tempat lawatan.

Sementara itu dalam ucapan balas, Mohamad berkata lawatan tersebut merupakan antara aktiviti tahunan bertujuan memberi pendedahan kepada ahli-ahli mempelajari sesuatu yang baharu dalam pentadbiran JKKK dan KRT.

“Ia juga peluang untuk mereka bertukar pandangan selain mengenali sesama ahli. Kami menzahirkan terima kasih kepada KRT Kampung Tutus Hilir menyambut kedatangan rombongan ini dengan pengisian aktiviti,” katanya.

Rombongan akan melawat kilang sagu, keropok, pipus dan sekitar Oya.

Untuk rekod, Kampung Tutus Hilir mempunyai lebih 100 rumah membabitkan kira-kira 600 penduduk. Kebanyakan mata pencarian penduduknya sebagai nelayan, selain penjawat awam, dan peniaga.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pastikan keperluan rakyat diberi perhatian sewajarnya
Next: SBC terajui latihan pengadil badminton di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.