Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Batu Niah anjur program keselamatan kebakaran di SK Tegageng
  • Utara
  • WILAYAH

BBP Batu Niah anjur program keselamatan kebakaran di SK Tegageng

Utusan Sarawak 1 day ago

PENGISIAN… Program keselamatan kebakaran dan bencana di Sekolah Kebangsaan (SK) Tegageng, Suai.

BATU NIAH: Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah telah mengadakan program keselamatan kebakaran dan bencana di Sekolah Kebangsaan (SK) Tegageng, Suai bermula 8.30 pagi hingga 11.30 pagi semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah PBT II Rary Binjie, program tersebut merangkumi pelbagai pengisian antaranya penerangan tatacara pemakaian jaket keselamatan (Life Jacket PFD), latihan bantuan hayat (CPR), demonstrasi penggunaan alat pemadam api serta ceramah keselamatan kebakaran.

Beliau berkata, aktiviti berbentuk taklimat dan demonstrasi itu bertujuan memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai langkah pencegahan kebakaran serta keselamatan di air, selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi sebarang kecemasan atau bencana.

“Dengan adanya pendedahan seperti ini, kita berharap murid, guru serta warga sekolah lebih bersedia bertindak sekiranya berlaku insiden tidak diingini, sama ada berkaitan kebakaran mahupun keselamatan di air,” jelasnya.

Program berkenaan turut mendapat sambutan baik daripada warga sekolah dan diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai usaha meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan masyarakat.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 369 pelajar SK Nanga Pakan sertai ceramah keselamatan kebakaran
Next: Kalaka terus terima manfaat RTP, dua projek baharu dimulakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.