369 pelajar SK Nanga Pakan sertai ceramah keselamatan kebakaran

Facebook
WhatsApp

PENGISIAN AKTIVITI… Antara pengisian aktiviti dijalankan sepanjang program ceramah keselamatan kebakaran di SK Nanga Pakan, semalam. Foto BBP Bintangor 

PAKAN: Seramai 369 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Pakan telah menyertai program ceramah keselamatan kebakaran pada semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program bermula pada 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. 

“Para peserta yang menyertai program ini adalah 243 murid, 35 guru, 16 staf SK Nanga Pakan dan 75 orang ibu bapa. 

“Tiga orang anggota bomba bertugas mengendalikan program ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, antara pengisian aktiviti adalah latihan pengungsian bangunan dan ceramah keselamatan kebakaran. 

“Turut diadakan adalah demonstrasi alat pemadam api. Peserta berpeluang belajar mengendalikan alat pemadam api dengan tatacara yang betul. 

“Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang program dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

PEKEMA bantu 500 pelajar B40 di DUN Nangka

SIBU: Seramai 500 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka menerima manfaat daripada Program