Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa kebakaran di Beluru terima bantuan segera dari APM
  • Utara
  • WILAYAH

Mangsa kebakaran di Beluru terima bantuan segera dari APM

Utusan Sarawak 7 hours ago
PRIHATIN…Lt. ( PA) Mirwan Shah Masri menyerahkan kit makanan kepada Tuai Rh, Sain Ugang yang mewakili mangsa kebakaran. Foto : APM Marudi

MARUDI: Seramai 47 mangsa kebakaran yang terjejas dalam insiden di Rumah Sain Ugang, Batu 18 Bukit Song, Beluru menerima bantuan kecemasan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Marudi hari ini.

Penyerahan bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, yang juga bertindak sebagai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beluru.

Majlis penyerahan turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Datuk Dr. Lipin Lamat.

Kebakaran yang berlaku pada 4.40 petang semalam telah memusnahkan keseluruhan lapan pintu rumah panjang tersebut, menyebabkan kesemua penghuni kehilangan tempat tinggal.

Turut hadir, Timbalan Residen Bahagian Miri yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Bujang Rahman Seli, Pegawai Daerah Beluru yang juga Pengerusi JPBD, Charles Aloysius Lisu, serta wakil agensi-agensi berkaitan lain.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: MBKS dan DBKU umum lanjutan kontrak KCPS, sistem letak kereta pintar menyusul
Next: Pertanian moden bantu belia B40 keluar kepompong kemiskinan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.