Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Forum Pengurusan Bekalan Air di Pustaka Miri esok
  • Utara
  • WILAYAH

Forum Pengurusan Bekalan Air di Pustaka Miri esok

Utusan Sarawak 12 hours ago
JOM SERTAI…Orang awam dijemput untuk menghadiri forum tentang pengurusan sistem bekalan air esok.

MIRI: Orang awam dijemput menghadiri forum berkaitan pengurusan sistem bekalan air yang akan diadakan esok. Forum tersebut akan berlangsung di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak, Miri (Pustaka Miri), bermula 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Pustaka Miri menerusi satu kenyataan media memberitahu, forum itu  merupakan kerjasama antara Pustaka Miri, Universiti Curtin Malaysia dan Seksyen Jurutera Muda (YES) Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Miri.

“Bertemakan ‘Memajukan Infrastruktur Air di Sarawak: Mengimbangi Pengurusan Strategik dan Inovasi Teknologi’, forum tersebut menyediakan platform kolaboratif untuk berkongsi pandangan mengenai pengurusan strategik serta penerapan teknologi baharu demi kelestarian sistem bekalan air.

“Di samping itu, ia bertujuan mengenal pasti cabaran utama dan peluang dalam memastikan bekalan air yang mampan, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar, mengikut konteks geografi dan sosioekonomi Sarawak.

“Forum ini turut bertujuan mengenal pasti cabaran utama dan peluang dalam sistem bekalan air bandar dan luar bandar, yang dilihat dalam kerangka geografi serta sosioekonomi Sarawak yang unik,” kata kenyataan itu.

Penganjuran forum tersebut selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutamanya SDG 6: Air Bersih dan Sanitasi iaitu memastikan akses kepada air bersih dan sistem sanitasi yang mampan, SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan iaitu memperkukuh infrastruktur bagi meningkatkan daya tahan bandar dan komuniti dan SDG 13: Tindakan Iklim iaitu menggalakkan adaptasi dan mitigasi cabaran berkaitan perubahan iklim melalui pengurusan sumber air.

Barisan panel forum ialah penceramah utama Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan dan Pengerusi IEM Cawangan Miri Meheron Selowara Joo sebagai Moderator.

Forum turut disertai lima penceramah jemputan iaitu Timbalan Pengarah (Geosains) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kuching Edward Muol, Pengurus Kawasan Miri Sarawak Water Sdn Bhd Dr Geoffrey Ranggu Thomas dan Ketua Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Miri Liew Shuk Huey.

Selain itu, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Bahagian Miri Sinanawati Marto,Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan Fakulti Kejuruteraan dan Profesor Dr John Lau Sie Yon dari Fakulti Sains, Universiti Curtin Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pustaka Miri di talian 085-422525 atau layari laman sesawang serta platform media sosial rasmi.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Chong misleading public on KIA expansion and new airport plan, says Kho Teck Wan
Next: MBKS dan DBKU umum lanjutan kontrak KCPS, sistem letak kereta pintar menyusul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.