Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pasukan Kembara Hari Malaysia tiba di Bekenu, terharu sambutan masyarakat
  • Utara
  • WILAYAH

Pasukan Kembara Hari Malaysia tiba di Bekenu, terharu sambutan masyarakat

Utusan Sarawak 21 hours ago
MOGA BERJAYA… Dari kanan: Agustin Andau (Ranau, Sabah), Adum Liu (Utusan Sarawak), Coach Lie (Sandakan, Sabah), Zulkifly (Brunei), Najib (Brunei) dan Nizam (Sandakan, Sabah) ketika bersama di Pekan Bekenu pagi tadi.

BEKENU: Betis masih ‘ok’, semangat masih kuat untuk meneruskan perjalanan, kata Ketua Pasukan Kembara Berjalan Kaki sempena sambutan Hari Malaysia, Ruslie Jokulon atau lebih dikenali sebagai Coach Lie.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak pagi ini selepas pasukannya tiba di pekan Bekenu, malam tadi.

“Selepas ini, kami akan berjalan menuju Kampung Bakam melalui Jalan Persisiran Pantai Miri-Bintulu. Agak sukar untuk tentukan bila tiba, kerana sepanjang perjalanan kami banyak berhenti menyantuni masyarakat setempat dan bergantung kepada keadaan,” katanya.

Menurutnya, perjalanan bermula pada 5 Julai lalu dari Teluk Melano, Kuching dengan hanya tiga peserta dari Sabah.

Kini, jumlah itu bertambah kepada lima peserta apabila dua peserta dari Negara Brunei Darussalam turut serta.

Antara peserta yang terlibat ialah Agustin Andau (Ranau, Sabah), Zulkifly (Brunei), Najib (Brunei) dan Nizam (Sandakan, Sabah).

“Kami bermalam di Masjid Al-Mutaqqin, Bekenu, dan amat terharu apabila masyarakat di sini menyambut kami dengan penuh semangat perpaduan ‘The Beautiful of Borneo’,” tambahnya.

Utusan Sarawak difahamkan, pasukan ini tiba di Daerah Subis pada hari ke-44 dan sempat bermalam di Kampung Padang, Sepupok Niah sebelum meneruskan perjalanan ke Bekenu.

Sementara itu, seorang lagi peserta berkata, sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat sepanjang kembara ini adalah di luar jangkaan mereka serta menjadi simbol semangat perpaduan Borneo.

Kembara ini dijadualkan tamat di Simpang Mengayau, Sabah bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September nanti.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Pelancongan Kolej Komuniti Sarikei tampilkan pemandu berlesen
Next: Simulasi nahas pesawat uji kecekapan agensi penyelamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.