Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PIBG SMK Merbau pasang CCTV demi keselamatan pelajar
  • Utara
  • WILAYAH

PIBG SMK Merbau pasang CCTV demi keselamatan pelajar

Utusan Sarawak 17 hours ago

KESELAMATAN PELAJAR DIUTAMAKAN… Kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasangkan di kawasan pondok menunggu hadapan SMK Merbau.

MIRI: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau mengambil inisiatif memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pondok menunggu hadapan sekolah.

Inisiatif PIBG sekolah ini adalah sebagai menjaga dan menjaminkan keselamatan pelajar yang menjadi keutamaan pihak sekolah.

Menurut kenyataan SMK Merbau, Miri melalui Facebook semalam, usaha tersebut dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan pelajar sentiasa terpelihara, khususnya ketika berada di luar waktu persekolahan.

Pihak sekolah turut merakamkan penghargaan kepada Front Guard Sdn. Bhd. yang telah menaja sebahagian kos pemasangan CCTV di kawasan sekolah.

Sumbangan berkenaan mencerminkan keprihatinan serta sokongan padu komuniti terhadap keselamatan anak-anak didik, selain memperkukuh kerjasama antara sekolah, PIBG dan pihak swasta.

Justeru, dengan adanya usaha bersama ini, SMK Merbau yakin persekitaran sekolah yang lebih selamat, kondusif dan terjamin dapat diwujudkan demi kepentingan semua warga sekolah.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang, operasi SAR tertangguh kerana laluan sukar
Next: The Gala M.O Sarawak 2025: Acara berprestij kembali ke Miri September ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.