Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jerayawara PRO-DR 2025 Siburan semarakkan aspirasi belia
  • Selatan
  • WILAYAH

Jerayawara PRO-DR 2025 Siburan semarakkan aspirasi belia

Utusan Sarawak 22 hours ago
 AMANAT… Datuk Dr Jerip Susil berucap ketika merasmikan Program Jerayawara Projek Merealisasikan Impian (PRO-DR) 2025 di Dewan Masyarakat Siburan hari ini.

SIBURAN: Aspirasi belia luar bandar untuk mengejar peluang pendidikan, kerjaya dan ekonomi digital mendapat suntikan baharu apabila Program Jerayawara Projek Merealisasikan Impian (PRO-DR) 2025 membuka tirai di Dewan Masyarakat Siburan hari ini.

Majlis perasmian program itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan), yang juga Timbalan Pengerusi TEGAS serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil.

Dalam ucapannya, Dr Jerip menegaskan bahawa pendidikan tinggi dan kemahiran digital adalah ‘pasport ke masa depan’, sambil menggesa golongan belia melengkapkan diri menghadapi dunia yang dibentuk oleh kecerdasan buatan (AI), Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital.

RASMI… Datuk Dr Jerip Susil bersama tetamu kehormat yang lain ketika merasmikan Program Jerayawara Projek Merealisasikan Impian (PRO-DR) 2025 di Dewan Masyarakat Siburan hari ini.

Beliau turut menekankan kepentingan bidang STEM dan TVET dalam melahirkan generasi baharu Sarawak yang bersedia merebut peluang di peringkat global.

Jerayawara anjuran bersama pelbagai agensi itu menghimpunkan sebanyak 33 agensi dan institusi awam serta swasta yang membuka gerai pameran pendidikan tinggi, latihan teknikal (TVET), pusat STEM, ceramah motivasi selain menyediakan peluang temu duga terbuka.

Lebih 300 pelajar daripada tujuh sekolah menengah sekitar Siburan dan Padawan dijangka hadir termasuk dari SMK Siburan, SMK Padawan, SMK Tun Abdul Razak, SMK Sungai Tapang, SMK Muara Tuang, SMK Kota Samarahan, dan SMK Penrissen.

Selain pameran pendidikan, inisiatif ini turut menampilkan pelbagai program interaktif seperti pameran STEM dan TVET, bengkel inovasi digital, serta ceramah motivasi kerjaya.

Antara tarikan utama ialah sesi temu duga terbuka yang menawarkan peluang kepada lepasan sekolah dan graduan muda untuk meneroka pelbagai laluan kerjaya.

SEKITAR suasana meriah Program Jerayawara Projek Merealisasikan Impian (PRO-DR) 2025 di Dewan Masyarakat Siburan hari ini.

Program ini juga merupakan sebahagian daripada siri jelajah 14 lokasi PRO-DR di seluruh Sarawak tahun ini, dengan Kapit, Limbang dan Lundu antara kawasan yang sudah menerima manfaat termasuk penubuhan T&T Mini Lab di sekolah terpilih bagi mendedahkan pelajar kepada dunia inovasi digital.

Meskipun hujan membasahi pagi di Siburan, ia tidak menghalang para pelajar dan penduduk setempat hadir awal ke dewan sempena siri ke-13 Program Jerayawara PRO-DR 2025.

Suasana bertambah meriah dengan Program Penerokaan Kerjaya (CEP) anjuran PERKESO, acara pencarian harta karun serta pertandingan menarik seperti ukiran buah dan Minecraft yang menyerlahkan bakat dan kreativiti peserta.

Program Jerayawara PRO-DR 2025 merupakan salah satu inisiatif berterusan kerajaan Sarawak dalam memastikan golongan belia, khususnya di kawasan luar bandar, mendapat akses kepada peluang pendidikan, kerjaya dan pembangunan ekonomi digital.

Program ini diyakini mampu memperkukuh keyakinan pelajar untuk melakar masa depan lebih cerah, selaras dengan aspirasi Sarawak menuju negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Oleh Norman B.

Continue Reading

Previous: BBP Batu Niah laksana pemeriksaan rutin peralatan, kenderaan operasi
Next: Stampin Resettlement Scheme residents urged to stop illegal dumping

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.