Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Batu Niah laksana pemeriksaan rutin peralatan, kenderaan operasi
  • Utara
  • WILAYAH

BBP Batu Niah laksana pemeriksaan rutin peralatan, kenderaan operasi

Utusan Sarawak 12 hours ago

PERIKSA... Ketua BBP Batu Niah PBT II Rary Binjie ketika melakukan pemeriksaan ke atas Peralatan Perlindungan Diri (PPE) bagi memastikan keselamatan serta keberkesanan tugas, hari ini.

BATU NIAH: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah telah mengadakan pemeriksaan rutin ke atas Peralatan Perlindungan Diri (PPE), kenderaan bomba dan kelengkapan operasi bagi memastikan keselamatan serta keberkesanan tugas.

Ketua BBP Batu Niah PBT II Rary Binjie ketika dihubungi Utusan Sarawak berkata, pemeriksaan rutin telah bermula 8.00 hingga 8.30 pagi, hari ini.

Katanya, pemeriksaan tersebut adalah penglibatan penuh anggota daripada pasukan Alpha, Bravo dan Charlie.

Antara aspek yang diperiksa ialah kelengkapan PPE anggota, kenderaan bomba serta pelbagai peralatan di balai.

PERIKSA… Ketua BBP Batu Niah PBT II Rary Binjie ketika melakukan pemeriksaan ke atas Peralatan Perlindungan Diri (PPE) bagi memastikan keselamatan serta keberkesanan tugas, hari ini.

Tujuannya adalah untuk mengenal pasti sebarang masalah atau kekurangan lebih awal serta memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik dan bersih.

Pemeriksaan berkala ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi kecemasan, malah sejajar dengan moto perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia iaitu ‘Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra’, katanya lagi.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Lawas tangkap ular sawa kekenyangan di reban ayam
Next: Jerayawara PRO-DR 2025 Siburan semarakkan aspirasi belia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.