Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JPN laksana 1,633 program MEKAR, terima 24,863 permohonan
  • NASIONAL

JPN laksana 1,633 program MEKAR, terima 24,863 permohonan

Utusan Sarawak 18 hours ago
MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) mengibarkan Jalur Gemilang pada Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2025 dan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Setia Perkasa hari ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (dua, kiri), Ketua Setiausaha KDN Datuk Awang Alik Jeman (dua, kanan) dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail (kiri). Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah melaksanakan sebanyak 1,633 program MEKAR setakat 31 Julai lepas, dengan kira-kira 24,863 permohonan telah diterima dan diproses.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata selain menguruskan permohonan kad pengenalan, sebanyak 20,792 khidmat nasihat telah direkodkan semasa program MEKAR diadakan.

Bagi program MEKAR DIDIK, khusus untuk anak-anak yang pada usia persekolahan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atas pelbagai sebab, beliau berkata sasaran untuk menyelesaikan 12,101 masalah keciciran dokumentasi, telah berjaya dicapai Jun lepas.

“Saya ingat waktu itu bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji (Ubi), bila dia berpindah ke Kementerian Pendidikan (KPM), dia yang mengesan masalah ini.

“Saya gembira memaklumkan bahawa sasaran 12,101 pelajar keciciran dokumen seperti yang dikenal pasti KPM telah berjaya kami bantu,” katanya kepada media selepas Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat KDN serta Majlis Perhimpunan Bulanan KDN bagi Ogos 2025 di sini, hari ini.

Bagi program MEKAR Diaspora, Saifuddin Nasution berkata pihak JPN akan berada di Melbourne, Australia dari 14-28 September, diikuti dengan London dari 5 hingga 17 Oktober, bertujuan membantu rakyat Malaysia di luar negara yang berdepan kesulitan mendapatkan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan JPN.

“Maknanya kita bawa pegawai JPN ke sana untuk satu tempoh. Semua rakyat Malaysia yang tinggal di negara berkenaan, kalau dia ada masalah dokumentasi, mereka tak payah balik (Malaysia) dengan kos yang besar tapi kita pergi (ke sana).

“Kita bawa staf kita pergi itu jauh lebih kecil kos berbanding dengan kalau semua rakyat Malaysia yang memerlukan perkhidmatan kami perlu pulang ke negara ini,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata dua peraturan JPN telah ditambah baik di bawah inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), dengan tujuan utama untuk mengurangkan kerenah dan bebanan birokrasi yang tidak lagi relevan.

“Antara inisiatif RKB yang telah dilaksanakan JPN ialah mempercepatkan proses permohonan Pendaftaran Lewat Kelahiran di bawah umur 5 tahun yang lahir di fasiliti kesihatan kerajaan daripada tiga bulan kepada 30 hari.

“Dan mempercepatkan proses pengeluaran cabutan atau salinan Sijil Daftar Kelahiran di Luar Negara (Borang H) daripada 52 hari ke tujuh hari,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia masih kekurangan 100,000 jurutera untuk capai nisbah ideal – Nanta
Next: Akta Kanak-Kanak lindungi semua mangsa, tertuduh, saksi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.