Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 29 peserta sertai program kesedaran keselamatan air
  • Tengah
  • WILAYAH

29 peserta sertai program kesedaran keselamatan air

Utusan Sarawak 15 hours ago

PENGISIAN AKTIVITI... Antara pengisian aktiviti sepanjang program kesedaran keselamatan di air. Foto BBP Bintangor 

SARIKEI: Seramai 29 peserta terdiri daripada 26 kakitangan Jabatan Akauntan dan tiga wakil komuniti telah menyertai program kesedaran keselamatan di air yang diadakan di Kolam Renang Sarikei, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program bermula 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dikendalikan oleh beliau dan tiga orang anggota bomba.

“Pengisian aktiviti meliputi taklimat ringkas penyelaras, latihan rawatan awal pertolongan cemas serta teknik Resusitasi kardiopulmonari (CPR), selain pendedahan mengenai teknik memasuki air dengan keyakinan diri.

“Peserta juga didedahkan dengan teknik menyelamat mangsa di air yang dilaksanakan secara demonstrasi praktikal oleh anggota bomba bagi memberi kefahaman yang lebih jelas,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, program itu dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran dan keyakinan masyarakat tentang langkah keselamatan di air, sekali gus mengurangkan risiko insiden lemas.

“Latihan ini penting kerana ia bukan sahaja memberi pendedahan teori tetapi juga pengalaman praktikal kepada peserta. 

“Keyakinan diri ketika berada di air dan pengetahuan asas CPR mampu menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku kecemasan. 

“Penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan komuniti setempat membuktikan kerjasama kolektif amat penting dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan awam.

“Kami menggalakkan lebih banyak agensi dan komuniti untuk menyertai program seumpama ini di masa akan datang kerana kesedaran keselamatan air adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Sarikei bantu hantar mangsa cedera ketika bermain bola sepak
Next: Konvoi KMJG 2025 ceriakan SJKC Thai Kwang, pupuk semangat cinta negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.