Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Sarikei bantu hantar mangsa cedera ketika bermain bola sepak
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Sarikei bantu hantar mangsa cedera ketika bermain bola sepak

Utusan Sarawak 17 hours ago
DIHANTAR KE HOSPITAL….Pasukan APM Sarikei menghantar lelaki yang mengalami kecederaan dibahagian lutut kanan ke hospital. Foto APM Sarikei

SARIKEI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei telah melaksanakan khidmat khas dengan menghantar seorang lelaki yang mengalami kecederaan di bahagian lutut akibat terjatuh semasa bermain bola sepak, petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 6.25 petang. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, empat anggota APM Sarikei bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati mangsa berumur 30 tahun mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan akibat terjatuh semasa bermain bola sepak,” katanya ketika dihubungi, malam tadi. 

Katanya, pasukan APM Sarikei membuat pemeriksaan awal terhadap lelaki tersebut. 

“Mangsa telah dihantar ke hospital oleh pasukan APM Sarikei untuk rawatan selanjutnya. 

“Khidmat khas menghantar mangsa ke hospital selesai sepenuhnya pada 6.58 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf jambatan Jalan Moh Seng RM400,000 dimulakan hari ini
Next: 29 peserta sertai program kesedaran keselamatan air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.