Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Isu air berulang di SMK Ulu Balingian, ADUN Tamin tuntut tindakan segera
  • WILAYAH

Isu air berulang di SMK Ulu Balingian, ADUN Tamin tuntut tindakan segera

Utusan Sarawak 3 days ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang.

SELANGAU: Isu gangguan bekalan air berulang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Balingian di sini mendapat perhatian serius Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang.

Beliau berkata kegagalan kontraktor melaksanakan tanggungjawab seperti termaktub dalam kontrak amat dikesali kerana ia memberi kesan langsung kepada kebajikan pelajar, guru dan kakitangan sekolah.

“Pelajar di sekolah itu kini terpaksa menghadkan penggunaan air harian kepada hanya sebaldi seorang sehari ekoran kerosakan pam air yang berulang walaupun sekolah tersebut berada di bawah kontrak lima tahun Kementerian Pendidikan (KPM) bagi penyediaan peralatan bekalan air termasuk pam dan penapis,” katanya. 

Sehubungan itu, Gira menegaskan langkah segera perlu diambil termasuk membaik pulih atau menggantikan pam dan komponen kritikal yang rosak bagi mengelakkan gangguan berulang.

SMK Ulu Balingian.

Selain itu, katanya, pelan kontigensi juga wajar disediakan sama ada melalui penggunaan tangki air bergerak atau penghantaran air terus ke sekolah apabila berlaku gangguan bekalan.

“Penyelenggaraan berkala perlu dilaksanakan secara konsisten dengan laporan bertulis dikemukakan kepada pihak sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi tujuan pemantauan.

“Talian aduan pantas yang disertakan dengan tempoh masa pemulihan (SLA) yang jelas juga mesti diwujudkan agar sebarang masalah dapat ditangani segera tanpa menjejaskan kelancaran operasi sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) yang telah tampil membantu menyalurkan bekalan air sementara, namun menegaskan bahawa tanggungjawab utama tetap terletak di bawah kontraktor yang dilantik.

“Keutamaan kita adalah memastikan kebajikan serta keselesaan pelajar, guru dan kakitangan sekolah sentiasa terjamin.

“Isu bekalan air bukan sahaja melibatkan keselesaan, malah berkait rapat dengan aspek kesihatan, keselamatan dan kelangsungan pembelajaran,” tegasnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Simpang Jalan Bukit Goram-Ulu Sungai Kapit dibuka semula 20 Ogos ini
Next: RM50,000 diluluskan bagi penyimenan jalan ke Rumah Landing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.