Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Budaya buli perlu dibendung sejak sekolah rendah – Agong
  • NASIONAL

Budaya buli perlu dibendung sejak sekolah rendah – Agong

Utusan Sarawak 5 hours ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan agar kerajaan melaksanakan kempen antibuli secara menyeluruh bagi membendung gejala itu sejak di peringkat sekolah rendah.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan agar kerajaan melaksanakan kempen antibuli secara menyeluruh bagi membendung gejala itu sejak di peringkat sekolah rendah.

Seri Paduka Baginda bertitah, budaya buli sekiranya tidak dibendung sejak dari sekolah rendah berisiko melahirkan generasi yang hilang nilai hormat dan kasih sayang sesama insan.

Sultan Ibrahim bertitah, buli bukan sahaja merosakkan mental dan emosi mangsa, malah boleh mengakibatkan pelbagai tragedi.

“Anak-anak perlu diberi penerangan sejak usia kecil mengenai perkara ini, dan melalui kempen berkenaan mereka dapat dibimbing memahami erti saling menghormati serta berdisiplin,” titah Seri Paduka Baginda menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Yang di-Pertuan Agong bertitah penggubalan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 turut membuktikan komitmen kerajaan dalam membanteras isu tersebut secara tegas.

Seri Paduka Baginda bertitah usaha membendung budaya buli juga memerlukan pendekatan merentasi kementerian dan agensi bagi memastikan jenayah itu ditangani secara menyeluruh.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil di Istana Negara.

Pada sesi itu, Fahmi mempersembahkan komitmen kementerian dalam menangani isu buli serta tindakan yang sedang dilaksanakan bagi membanteras gejala berkenaan.

Fahmi turut mempersembahkan taklimat mengenai pelaksanaan sambutan Hari Kebangsaan 2025 kepada Seri Paduka Baginda.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Tentangan waris jejas hasrat penderma organ, 10 ribu pesakit masih menunggu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.