Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 50 ahli SDNU Sibu sertai taklimat SKSPS dan SKSSR
  • Tengah
  • WILAYAH


50 ahli SDNU Sibu sertai taklimat SKSPS dan SKSSR

Utusan Sarawak 11 hours ago
TERIMA KASIH…Chambai Lindong (empat kiri) sambil disaksikan Sammy Dennis (tiga kiri) dan ahli yang lain menerima cenderamata daripada Mc Donald selepas menyempurnakan penutupan sesi libat urus dan taklimat SKSPS dan SKSSR di Sibu pada Sabtu.

SIBU: Seramai 50 ahli Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu menghadiri sesi libat urus dan taklimat mengenai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) serta Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini pada Sabtu.


Program setengah hari yang berlangsung di ibu pejabat SDNU Sibu, Jalan Bougenvilla itu bertujuan memberi pendedahan kepada ahli mengenai kepentingan perlindungan keselamatan sosial.

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Pengurusan Hilang Upaya (PHU) Perkeso Sibu, McDonald Galwyn Reselie Ujih, dengan bantuan daripada Edrica Crister Edmon dan Jessica Juana Kimping.


Selepas selesai taklimat, pihak Perkeso Sibu terus membuka kaunter untuk peserta yang berminat untuk mencarum kedua-dua skim tersebut.

Sepanjang kaunter dibuka, empat ahli wanita SDNU Sibu telah mencarum SKSSR manakala seorang ahli lelaki SDNU Sibu mendaftar untuk SKSPS.

Penutupan sesi itu telah disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan SDNU Pusat yang juga Pengerusi SDNU Sibu Chambai Lindong.

Turut hadir Ahli Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Jiram Mardan dan pengerusi penganjur yang juga Ketua Biro Pembangunan Ekonomi SDNU Sibu Sammy Dennis.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KASUS 2025 strengthens youth, unity and community spirit in Kota Sentosa
Next: HAWANA salur bantuan kepada dua waris petugas RTM di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.