Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Konvoi perahu Jalur Gemilang semarakkan semangat patriotik di Marudi
  • WILAYAH

Konvoi perahu Jalur Gemilang semarakkan semangat patriotik di Marudi

Utusan Sarawak 22 hours ago
MERDEKA…Rombongan konvoi berperahu diketuai wakil Pegawai Daerah Marudi SAO Vanessa Joseph. Foto JAPEN Marudi

MARUDI: Bagi menyemarakkan semangat Kempen Kibar Jalung Gemilang, ahli-ahli Komuniti MADANI Rumah (Rh) Jelaping Sungai (Sg) Arang  berkonvoi menggunakan perahu yang dihiasi Jalur Gemilang menerusi Sungai Arang semalam.

Konvoi disertai enam perahu bermula dari Jeti Rumah Jelaping menuju ke SK Sungai Arang bagi menjayakan sambutan program Jalinan Ihsan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM).

Konvoi tersebut diketuai oleh wakil Pegawai Daerah Marudi, Vanessa Joseph dan Pegawai Penerangan Marudi Siti Mariam Mahdar dan seterusnya merasmikan Jiwa Komuniti MADANI HKHM di SK Sungai Arang.

Beliau menggesa agar orang ramai dapat sama-sama menjayakan inisiatif Satu Rumah Satu Jalur Gemilang (1R1JG) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan.

SAO Vanessa Joseph, Pegawai Penerangan Marudi Siti Mariam Mahdar dan yang lain menyanyikan lagu Jalur Gemilang. Foto JAPEN MARUDI

Beliau turut menasihati orang ramai agar cakna dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan sempurna dan menggantikan bendera lusuh atau koyak dengan yang baharu.

“Jalur Gemilang merupakan simbol kedaulatan negara dan perlu dikibarkan dengan betul agar tidak mejejaskan imej negara,” katanya.

Pelbagai pengisian program telah diadakan seperti sukaneka, gotong royong, pertandingan mewarna, pertandingan karaoke hasil kerjasama Komuniti MADANI, Persatuan ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan guru-guru SK Sungai Arang.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Cawangan Miri dengan Kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Miri, Subis dan Baram turut mengadakan Kempen Internet Selamat yang telah memberi manfaat kepada seramai 58 pelajar SK Sungai Arang

Turut hadir ialah Pegawai Penerangan Daerah Marudi, Siti Mariam Mahdar, wakil Guru Besar SK Sungai Arang, Umpang Linggi, Ketua Komuniti MADANi Rh Jelaping merangkap Yang Dipertua PIBG, Jelaping Jali dan wakil NADI, Zurfarahida Za’abaie.

Oleh Jiku Jukuong  

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Latihan kebakaran di Miri: 50 kakitangan sertai misi simulasi selamatkan nyawa
Next: Ikan kerapu bawa tuah, Apri Nawawi bawa pulang RM20,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.