Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pertandingan Robotik dan Reka Bentuk 1.0 perkasa belia kuasai STEM, TVET
  • PENDIDIKAN

Pertandingan Robotik dan Reka Bentuk 1.0 perkasa belia kuasai STEM, TVET

Utusan Sarawak 23 hours ago
DATO Henry Harry Jinep ketika merasmikan penutupan Pertandingan Robotik dan Reka Bentuk 1.0 peringkat Sarawak 2025 di Dewan Suarah Bau semalam. Foto UKAS

BAU: Pertandingan Robotik dan Reka Bentuk 1.0 Sarawak 2025 menunjukkan peningkatan minat dan penyertaan aktif generasi muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep berkata, perkembangan itu merupakan petanda positif ke arah melahirkan modal insan berdaya saing, inovatif dan bersedia mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

Justeru tegasnya, generasi muda khususnya murid-murid sekolah perlu menguasai bidang STEM bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja mahir dalam teknologi masa hadapan tetapi juga mampu menjadi peneraju dalam era Revolusi Industri 4.0.

“Melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), kerajaan negeri mensasarkan 60 peratus pelajar mengambil subjek STEM di peringkat sekolah menengah menjelang 2030.

“Pada masa sama, enrolmen dalam kursus TVET juga dipertingkat dengan kapasiti latihan sehingga tiga kali ganda menjelang 2030 bagi memastikan Sarawak memiliki tenaga mahir untuk pembangunan ekonomi berasaskan teknologi,” katanya ketika merasmikan penutupan pertandingan itu di Dewan Suarah Bau semalam.

DATO Henry Harry Jinep meninjau Pertandingan Robotik dan Reka Bentuk 1.0 peringkat Sarawak 2025 di Dewan Suarah Bau semalam. Foto UKAS

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) atas penganjuran program menggunakan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP), serta Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) atas sokongan melalui Geran Program Pendidikan.

“Inisiatif ini menunjukkan pihak KKMG dan kerajaan Sarawak amat serius untuk memberikan komitmen yang tinggi dalam memperkasakan kemenjadian pelajar dan belia di Sarawak menguasai STEM serta TVET menerusi pertandingan robotik dan reka bentuk arca pada hari ini,” katanya lagi.

Antara institusi yang menyertai pertandingan ‘Sculpture’ bagi kategori pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah Kolej Vokasional Matang, Politeknik Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading manakala bagi kategori pelajar sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Demak Baru, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi dan SMK Paku.

Bagi Pertandingan Robot Penjejak Garisan , kategori pelajar IPT disertai oleh Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kolej Komuniti Mas Gading dan Politeknik Kuching serta bagi kategori pelajar sekolah menengah pula disertai oleh SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Paku, SMK Tun Abdul Rahman, SMK Bau, SMK Singai dan SMK Matang Jaya.

-UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Ahmad Zahid cadang serap petugas kontrak KEMAS ke jawatan tetap
Next: ‘Skibidi’, ‘tradwife’, ‘delulu’, ‘broligarchy’. Tak faham, rujuk Kamus Cambridge

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.