Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • GPS terus salur bantuan, rakyat jadi keutamaan
  • TEMPATAN

GPS terus salur bantuan, rakyat jadi keutamaan

Utusan Sarawak 4 days ago
MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT… Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agongketika mempengerusikan mesyuarat PBB Cawangan Ba’kelalan di bilik mesyuarat Pusat Khidmat Parlimen Lawas.

LAWAS: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sepanjang masa meneruskan berbagai bantuan kepada golongan sasar daripada individu, nelayan, petani, pelajar dan semua lapisan rakyat yang memerlukan.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong memberitahu bantuan ini merupakan program berterusan kerajaan Sarawak yang tetap dengan perjuangan meletakkan rakyat sebagai keutamaan perjuangannya.

“Peranan kita dalam parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ini daripada jawatankuasa induk hingga ahli di ranting ialah memberi penerangan berterusan tentang berbagai bantuan yang disalurkan kerajaan.

“Aspek pembangunan juga semakin rancak berlaku di segenap pelosok negeri Sarawak atas dana kerajaan Sarawak sendiri kerana keupayaan yang ada dan paling penting memastikan keperluan rakyat di utamakan,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat PBB Cawangan Ba’kelalan di bilik mesyuarat Pusat Khidmat Parlimen Lawas hari ini.

BERI AMANAT… Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agongturut memberi ingatan agar ahli PBB terus waspada dengan usaha pihak luar yang cuba memecah-belahkan PBB.

Beliau yang juga Pengerusi PBB Cawangan Ba’kelalan turut memberitahu bahawa kekuatan dan kestabilan politik di Sarawak perlu dipertahankan semua lapisan masyarakat.

Ini membolehkan pelabur luar dan dalam negara datang membuat pelaburan dalam wilayah Sarawak yang akan membuka banyak peluang pekerjaan dan ekonomi.

“Kita teruskan berpolitik dengan budaya Sarawak sendiri tanpa terpengaruh dengan politik luar Sarawak yang dilihat sentiasa mencari kesalahan dan bermain dengan politik sentimen.

“Kita harus terus pertahankan budaya kita yang hanya mempunyai seorang ketua iaitu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan sebarang campur tangan luar untuk merosakkan parti, kita wajib kita tolak sepenuhnya, ” tambahnya.

Mesyuarat turut membincangkan program parti di akar umbi dan beberapa rancangan untuk meningkatkan jumlah keahlian parti di kawasan Ba’kelalan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kemeriahan Perarakan Jalanan Kuching 2025 tarik ribuan pengunjung
Next: Magis cahaya serikan Perarakan Jalanan Kuching 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.