Kemeriahan Perarakan Jalanan Kuching 2025 tarik ribuan pengunjung

Facebook
WhatsApp
KEMERIAHAN Perarakan Jalanan Kuching 2025 bermula petang tadi dengan acara Pelepasan Rasmi di Travillion Commercial Center, Kuching. Foto: Shikin Mahmud

KUCHING: Kemeriahan Perarakan Jalanan Kuching 2025 bermula petang tadi dengan acara pelepasan rasmi di Travillion Commercial Center, Kuching.

Ribuan pengunjung membanjiri kawasan sekitar untuk menyaksikan perarakan penuh warna-warni yang menjadi sebahagian daripada sambutan Festival Kuching 2025.

KEMERIAHAN Perarakan Jalanan Kuching 2025 petang tadi dengan acara Pelepasan Rasmi di Travillion Commercial Center, Kuching. Foto: Shikin Mahmud

Acara pelepasan disempurnakan oleh Datuk Bandar DBKU, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dato Hilmy Othman dan Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng sebagai simbolik semangat perpaduan bandar raya Kuching yang diraikan bersama warga kota.

KEMERIAHAN Perarakan Jalanan Kuching 2025 petang tadi dengan acara Pelepasan Rasmi di Travillion Commercial Center, Kuching. Foto: Shikin Mahmud

Tahun ini, perarakan melibatkan 54 kontinjen dengan pelbagai persembahan kreatif dan berwarna-warni, mencerminkan budaya, tradisi serta kreativiti masyarakat. 

Suasana meriah ini bukan sahaja menjadi tarikan utama pelancong, malah mengukuhkan identiti Kuching sebagai bandar raya pelbagai budaya.

Oleh Shikin Mahmud