Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Limbang gesa sekolah baharu dan Kolej Tingkatan Enam
  • PENDIDIKAN

Limbang gesa sekolah baharu dan Kolej Tingkatan Enam

Utusan Sarawak 2 days ago
KEPERLUAN PENDIDIKAN…. Residen Limbang Unus Tambi dan Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Matzinan Wahit mengiringi Datuk Dr Abdul Rahman Ismail pada Program Ekspo Pendidikan Sarawak, Hari Kerjaya dan Bimbingan dan Program Kesedaran Pendidikan di Dewan Seri Perdana, SMK Seri Patiambun, Limbang hari ini. Foto: Adeng Edrus

LIMBANG: Keperluan kemudahan sekolah rendah dan menengah baharu serta Kolej Tingkatan Enam perlu diberi perhatian di Daerah Limbang untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bermula tahun depan hingga 2030.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata kemudahan itu amat diperlukan bagi menambah baik prasarana pendidikan di daerah yang masih dalam keadaan kurang memuaskan dan daif.

Jelasnya, Limbang mempunyai 35 sekolah rendah dan lima sekolah menengah serta jumlah itu tidak dapat menampung jumlah peningkatan pelajar dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Kita sudah kemukakan keperluan pendidikan di Limbang dalam RMK13 dan moga keperluan ini diluluskan.

“Pertama sekali, kita memohon sekolah rendah dan menengah baharu serta sekolah khusus untuk Tingkatan Enam yang bertaraf kolej. Buat masa ini, kita masih menggunakan bangunan lama SMK Limbang sebagai Pusat Tingkatan Enam bagi menempatkan pelajar Tingkatan Enam dari lima sekolah di Limbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Ekspo Pendidikan Sarawak, Hari Kerjaya dan Bimbingan dan Program Kesedaran Pendidikan di Dewan Seri Perdana, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Patiambun (SEPAL) Limbang hari ini.

Beliau menjelaskan lagi kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta bagi menaik taraf bangunan lama SMK Limbang untuk dijadikan Pusat Tingkatan Enam.

Katanya, dalam RMK13 PPD Limbang juga memohon pembinaan kolej Tingkatan Enam dan sekolah berasaskan kemahiran selain  menubuhkan universiti di Limbang pada masa akan datang.

Turut hadir Residen Limbang Unus Tambi dan Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Matzinan Wahit.

Oleh Adeng Edrus

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 130 pelajar cemerlang SPM, STPM 2024 Sarikei terima sumbangan Yayasan Sarawak
Next: Program Yayasan Sarawak raih sokongan padu ibu bapa dan komuniti Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.