Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 130 pelajar cemerlang SPM, STPM 2024 Sarikei terima sumbangan Yayasan Sarawak
  • PENDIDIKAN

130 pelajar cemerlang SPM, STPM 2024 Sarikei terima sumbangan Yayasan Sarawak

Utusan Sarawak 3 days ago
TAHNIAH…..Datuk Len Talif Salleh menyampaikan sijil penghargaan dan sijil simpanan premium BSN daripada Yayasan Sarawak kepada pelajar cemerlang SPM 2024 hari ini. Foto: Earl Anek

SARIKEI: Generasi muda sangat memerlukan sokongan dan dokongan daripada semua pihak untuk mereka meneruskan pelajaran dan melangkah ke alam pekerjaan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata usaha pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei dalam penganjuran ekspo pendidikan Sarawak peringkat PPD Sarikei sangat tepat untuk memberi sokongan, panduan dan nasihat kepada generasi muda supaya tidak hilang arah selepas menamat pendidikan di peringkat sekolah menengah.

“Sokongan dan bantuan daripada pihak institusi pendidikan swasta (IPTS), agensi-agensi kerajaan, pihak bank dan badan bukan kerajaan (NGO) amat diperlukan untuk kita memandu dan menggerakkan para pelajar ke arah masa depan yang lebih cerah dan gemilang.

“Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak dilihat berpotensi dalam teknologi baharu termasuk pengeluaran hidrogen dan tenaga hijau. 

“Negeri kita yang tercinta ini banyak sumber yang perlu dibangunkan,” katanya ketika berucap di majlis perasmian ekspo pendidikan Sarawak peringkat PPD Sarikei bertempat di Dewan Sentral Sarikei, hari ini. 

RASMI…..Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh merasmikan ekspo pendidikan Sarawak peringkat PPD Sarikei hari ini. Foto: Earl Anek

Namun, katanya sumber-sumber yang ada belum dapat ditambah nilai dan diberi nilai tambah kerana amat bergantung kepada kualiti anak Sarawak sendiri. 

“Ekspo pendidikan sesuai dan mampu mencapai hasrat tersebut demi masa depan negeri dan negara kita. 

“Inilah peluang anak-anak muda di Daerah Sarikei menyambut lambaian pihak universiti terutama tujuh universiti  milik kerajaan Sarawak dan sekolah antarabangsa iaitu Yayasan Sarawak International Secondary School (YSISS) milik Yayasan Sarawak untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 

“Tema Hari Sarawak 2024 ‘Sarawak Maju Makmur’ tetap relevan dan perlu dizahirkan melalui program seperti ini dengan kerjasama pelbagai pihak demi mencapai hasrat kita menjelang 2030,” katanya. 

TAHNIAH…..Datuk Len Talif Salleh menyampaikan sijil penghargaan dan sijil simpanan premium BSN daripada Yayasan Sarawak kepada pelajar cemerlang SPM 2024 hari ini. Foto: Earl Anek

Sementara itu, ketika ditemui media Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, seramai 130 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 dari sekolah-sekolah menengah di Daerah Sarikei menerima sumbangan dari Yayasan Sarawak. 

“Bagi SPM, Yayasan Sarawak memperuntukan sumbangan sebanyak RM300 secara sekali bayar kepada setiap pelajar cemerlang SPM 2024 dan untuk STPM 2024 diperuntukkan sebanyak RM500 secara sekali bayar kepada setiap orang pelajar cemerlang. 

“Dalam masa sama, gerai-gerai pameran pendidikan turut diadakan bagi ibu bapa, guru-guru dan pelajar mendapatkan maklumat terkini berkenaan peruntukan, bantuan sama ada dari segi bidang pelajaran, kerjaya dan juga dari segi dana-dana yang dapat diperoleh untuk mereka meneruskan dalam bidang yang mereka minati terutama sekali dalam universiti-universiti yang dimiliki oleh kerajaan Sarawak,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak gesa belia tingkatkan ilmu hadapi ekonomi terbuka tenaga hijau
Next: Limbang gesa sekolah baharu dan Kolej Tingkatan Enam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.