Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Toh Puan Fauziah rasmi Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025
  • PENDIDIKAN

Toh Puan Fauziah rasmi Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TOH Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025 serta Peluncuran Kit Reading Seeds 4.0 yang diadakan di Galeri Pustaka Negeri, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025 serta Peluncuran Kit Reading Seeds 4.0 yang diadakan di Galeri Pustaka Negeri, pagi tadi.

Ketibaan Toh Puan Fauziah disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen, bersama isteri, Dato Dr Munirah Mohd Hassan. Turut hadir sama anaknya Sharifah Fariah.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli sebelum diserikan dengan persembahan daripada kanak-kanak cilik.

Kemuncak acara menyaksikan Perasmian Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025 serta Peluncuran Kit Reading Seeds 4.0, yang disempurnakan oleh Toh Puan Fauziah sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh budaya membaca serta mengangkat bakat seni dan kreativiti generasi muda.

TOH Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025 serta Peluncuran Kit Reading Seeds 4.0 yang diadakan di Galeri Pustaka Negeri, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Setelah perasmian, Toh Puan Fauziah turut meninjau pameran hasil seni kanak-kanak sebelum merakamkan gambar kenangan bersama dif-dif kenamaan dalam Lawatan Tapak Festival. Toh Puan Fauziah kemudiannya berkesempatan melawat beberapa ruang Pustaka Negeri sebelum menghadiri jamuan tengah hari.

Bagi kenyataan bersama, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menyambut baik inisiatif Pustaka Negeri yang konsisten dalam memupuk budaya membaca sejak usia muda di samping menyediakan wadah untuk anak-anak menyalurkan bakat seni serta kreativiti.

Usaha ini diyakini mampu melahirkan generasi muda yang berilmu, berdaya saing dan berjiwa seni, demi masa depan negeri dan negara yang lebih cemerlang.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kampus baharu CENTEXS Dalat dijangka beroperasi September ini
Next: Premier Sarawak gesa belia tingkatkan ilmu hadapi ekonomi terbuka tenaga hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.