Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Siasatan Op Northern Star: Seorang lagi Datuk Seri ditahan
  • JENAYAH

Siasatan Op Northern Star: Seorang lagi Datuk Seri ditahan

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR: Polis menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan skim penipuan pelaburan melibatkan MBI International Group (MBI) menerusi Op Northern Star baru-baru ini.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman Datuk Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit termasuk individu bergelar Datuk Seri.

Bagaimanapun, beliau berkata butiran mengenai hasil Op Northern Star terbabit akan dikongsikan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dalam masa terdekat.

Pada 30 Mei lepas, Muhammed Hasbullah memaklumkan jumlah tangkapan membabitkan kes penipuan pelaburan MBI adalah sebanyak 17 individu dengan jumlah keseluruhan aset dibekukan serta disita RM3.81 bilion.

Beliau berkata tangkapan tersebut melibatkan usahawan bergelar Tan Sri dan Datuk Seri dipercayai menjadi proksi serta rakan perniagaan dalam skim penipuan pelaburan itu yang ditahan di sekitar Lembah Klang dan utara tanah air menerusi Op Northern Star.– Bernama

Continue Reading

Previous: Kes Zara Qairina: Polis siasat akuan tiktok sebar berita tidak sahih
Next: Ops Samseng Jalanan: 7 motosikal disita, 36 saman dikeluarkan di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.