Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rumah Kelab Media dicadangkan jadi ruang interaksi warga media Sarawak
  • TEMPATAN

Rumah Kelab Media dicadangkan jadi ruang interaksi warga media Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
Datuk Abdullah Saidol berucap semasa majlis penghargaan Jawatankuasa Induk Bersempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 dan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025 di Kuching, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Cadangan untuk menubuhkan Rumah Kelab Media sebagai ruang pertemuan dan interaksi warga media di Sarawak sedang dipertimbangkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, inisiatif itu bertujuan menyediakan kemudahan bagi pengamal media berkongsi idea serta berehat daripada kesibukan tugasan harian.

“Di Rumah Kelab Media ini, ia menjadi tempat para media berkumpul, berehat, berkongsi idea dan bertukar-tukar nota di mana di dalamnya terdapat ruang santai, kafe kecil, meja pool, permainan dart, serta kemudahan lain untuk bersosial.

“Ada juga bilik mandi untuk kegunaan selepas tugasan, terutamanya bagi mereka yang perlu terus ke lokasi lain pada siang hari.

“Tempat ini juga memberi peluang untuk berjumpa rakan-rakan, bertukar pandangan, dan mengeratkan hubungan sesama pengamal media dan saya rasa ini adalah satu idea yang baik,” katanya.

Beliau berucap demikian semasa majlis penghargaan Jawatankuasa Induk Bersempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 dan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025, hari ini.

Datuk Abdullah menambah, antara cadangan yang diterima adalah membangunkan kawasan riadah berdekatan dengan Rumah Kelab Media ini nanti.

“Mungkin kita boleh mencari sumber selain dana daripada kerajaan, contohnya mendapatkan tajaan daripada beberapa GLC untuk mengekalkan kemudahan ini.

“Kita juga boleh mempertimbangkan untuk menyediakan ruang tambahan seperti gelanggang pickleball atau padang kecil untuk aktiviti sukan ringan.

“Selain itu, mungkin boleh disediakan mini gim dengan kemudahan seperti ‘treadmill’ untuk bersenam. Saya rasa ini adalah salah satu idea baharu yang sangat saya sokong,” ujarnya.

Turut hadir Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Ketua Biro Bernama Sarawak Hamdan Ismail, Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Ronnie Teo Teck Wei, Timbalan Pengarah Penyiaran Sarawak Norjihan Yahya serta tetamu yang lain. -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Sihat Borneo singgah di Saratok
Next: Pemenang Gerai Berhias dan Landskap Sekolah diraikan di Malam Amal Festival Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.