
LAWAS: Nelayan dikhuatiri hilang selepas hanya perahunya dijumpai hanyut di sungai Kampung Tanjung Katong Sundar malam ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Clarence D. Primus Tiandun berkata mangsa dikenali sebagai Assan Osman, 60 dilaporkan hilang dalam kejadian yang berlaku pada 7.13 malam ini.
“Satu laporan dibuat oleh menantu mangsa yang datang sendiri ke balai membuat laporan bahawa mentuanya telah hilang di sungai apabila hanya menjumpai perahu hanyut namun mangsa tiada di dalam perahu tersebut.
“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas menghubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengenai laporan insiden mangsa hilang di sungai selepas keluar memukat di sungai terbabit.
“BBP Lawas bergegas Balai Polis Lawas untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut serta arahan seterusnya ,” katanya lagi.
Kata Clarence lagi, atas arahan pihak polis operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dilakukan pada esok hari susulan faktor jarak kampung yang jauh serta faktor keselamatan kerana keadaan cuaca yang gelap.
Oleh Adeng Edrus