Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pengenalan rasmi pegawai pengiring rapat baharu di Astana Negeri
  • SEMASA

Pengenalan rasmi pegawai pengiring rapat baharu di Astana Negeri

Utusan Sarawak 12 hours ago
Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah menerima dan diperkenalkan kepada pegawai pengiring rapat yang baharu bertugas di Astana Negeri Sarawak. Foto: Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah menerima dan diperkenalkan kepada pegawai pengiring rapat yang baharu bertugas di Astana Negeri Sarawak.

Majlis pengenalan rasmi yang berlangsung pada 1.30 tengah hari tadi diadakan di kediaman rasmi Tun Wan Junaidi di Petra Jaya. Pegawai pengiring rapat baharu tersebut terdiri daripada 12 anggota polis, merangkumi tujuh lelaki dan lima wanita.

Dalam ucapan ringkas, Tun Wan Junaidi menasihati para pegawai pengiring agar sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah menerima dan diperkenalkan kepada pegawai pengiring rapat yang baharu bertugas di Astana Negeri Sarawak. Foto: Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi menegaskan kepentingan pematuhan protokol, disiplin, integriti, serta menjaga kerahsiaan dalam menjalankan tanggungjawab harian.

Tun Wan Junaidi turut menekankan bahawa pegawai pengiring rapat merupakan barisan hadapan dalam memastikan keselamatan serta kelancaran pelaksanaan tugas rasmi beliau dan Toh Puan Fauziah.

Justeru, hubungan kerja yang baik, harmoni, dan saling menghormati antara semua pegawai adalah kunci kepada penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berkesan. -Astana Negeri Sarawak

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SBAN, MBAN memeterai perjanjian tingkat ekosistem pelaburan mangkin di Sarawak
Next: Sarawak-Kemboja teroka peluang pelaburan agrikultur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.