Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Negara Kemboja  
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Negara Kemboja  

Utusan Sarawak 14 hours ago
TUN Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Negara Kemboja di Astana Negeri, hari ini sempena lawatan kerja rasmi delegasi tersebut ke Sarawak dari 12 hingga 15 Ogos 2025. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Negara Kemboja di Astana Negeri sempena lawatan kerja rasmi delegasi tersebut ke Sarawak dari 12 hingga 15 Ogos 2025.

Delegasi tersebut diketuai Menteri Kanan Misi Khas (Hal Ehwal Islam) Kemboja diketuai oleh Neak Oknha Datuk Dr Othsman Hassan merangkap Duta Khas Perdana Menteri Kemboja ke Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta Presiden Yayasan Pembangunan Muslim Kemboja (CMDF) diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Pada pertemuan tersebut, Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan atas kunjungan hormat ini yang disifatkan sebagai simbol persahabatan dan penghormatan tinggi antara Sarawak dan Kemboja.

TUN Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Negara Kemboja di Astana Negeri hari ini sempena lawatan kerja rasmi delegasi tersebut ke Sarawak dari 12 hingga 15 Ogos 2025.Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi turut menerima dua naskhah buku bertajuk ‘Religious, Harmony and Peaceful Coexistence: Cambodia Experience’ dan ‘A Collection of Photos of The Coordinating MissionTo Release The 47 Malaysian Victims Who Have Been Detained in Banteay Meanchey Province Cambodia (09-17 Februari 2019)’ dari Neak Oknha Datuk Dr Othsman Hassan.

Beliau turut menegaskan bahawa hubungan erat ini perlu diteruskan melalui kerjasama strategik dalam bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan, budaya serta pembangunan masyarakat.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah juga dijemput untuk mengadakan lawatan rasmi ke Negara Kemboja sebagai lawatan balas kunjungan hormat.

Pada akhir pertemuan, Tun Wan Junaidi menyatakan keyakinan bahawa hubungan baik yang terjalin akan terus berkembang kukuh demi manfaat bersama, sejajar dengan semangat saling menghormati dan kerjasama serantau yang harmoni.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kemboja cadang penerbangan terus Kuching–Phnom Penh
Next: SBAN, MBAN memeterai perjanjian tingkat ekosistem pelaburan mangkin di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.