Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Karnival Bahasa Melayu semai rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan
  • TEMPATAN

Karnival Bahasa Melayu semai rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan

Utusan Sarawak 8 hours ago
Dayang Noorazah merasmikan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Betong 2025 di SK Maludam, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga

MALUDAM: Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Betong 2025 bukan sekadar pentas pertandingan, tetapi medan mencungkil bakat, membina keyakinan, dan menyemai rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata karnival ini menghimpunkan pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh Daerah Betong untuk bersaing dalam pelbagai acara seperti bercerita, pidato, bicara berirama dan bahas.

“Tahniah kepada semua pemenang. Bagi peserta lain, jadikan pengalaman ini batu loncatan menuju kejayaan lebih gemilang,” katanya ketika merasmikan karnival anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Betong dengan kerjasama Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Zon Pusa di Sekolah Kebangsaan (SK) Maludam, hari ini.

Dayang Noorazah merasmikan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Betong 2025 di SK Maludam, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga

Dayang Noorazah berkata, Bahasa Melayu adalah warisan bangsa yang menjadi alat penyatuan rakyat, cerminan nilai, dan identiti negara. 

“Usaha memartabatkannya perlu dilakukan secara berterusan, bukan hanya di dalam negara, malah sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada PPD Betong, PGBM Zon Pusa, warga SK Maludam, guru, ibu bapa dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan karnival tersebut.

“Jadilah anak muda yang berilmu, berakhlak mulia, serta berjiwa besar dalam mengangkat martabat bahasa dan budaya kita,” ujarnya, sambil berharap belia di Daerah Betong terus berani mencipta kejayaan, bersatu padu, dan menjadi inspirasi generasi akan datang.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM129 juta untuk program pertanian di Sarawak – Arthur
Next: ICIF 2025 platform inklusif pupuk kreativiti berlandaskan nilai Islam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.