Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Batang Lingga capai 99 peratus, siap sepenuhnya September ini
  • TEMPATAN

Jambatan Batang Lingga capai 99 peratus, siap sepenuhnya September ini

Utusan Sarawak 1 day ago
Datuk Aidel Lariwoo ketika melakukan lawatan kerja ke Sri Aman dan Lingga, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga

LINGGA: Pembangunan infrastruktur utama di kawasan Lingga terus menunjukkan kemajuan positif apabila pembinaan Jambatan Batang Lingga kini mencapai 99 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada September ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIPD), Datuk Aidel Lariwoo berkata jambatan tersebut bakal menjadi penghubung penting dalam rangkaian Jalan Utama Kedua yang menghubungkan Jambatan Sejingkat hingga ke Simpang Betong/Lidong.

“Apabila siap sepenuhnya, projek ini akan memendekkan jarak perjalanan dan meningkatkan kelancaran trafik, sekali gus memberi manfaat ekonomi kepada penduduk setempat,” katanya ketika melakukan lawatan kerja ke Sri Aman dan Lingga, hari ini.

Datuk Aidel Lariwoo ketika melakukan lawatan kerja ke Sri Aman dan Lingga, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga

Lawatan tersebut melibatkan dua lokasi utama iaitu sesi taklimat projek di Bilik Mesyuarat Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman dan tinjauan di tapak pembinaan Jambatan Lingga.

Antara projek yang menjadi fokus ialah Pakej B1 dan B1A iaitu pembinaan Jalan Utama Sebuyau–Lingga termasuk Jambatan Sungai Lingga, selain Pakej P1 dan P2, projek menaik taraf Jalan Lingga–Sri Aman.

Aidel memaklumkan, kerja pembinaan jalan dari Jambatan Batang Lupar ke Jambatan Lingga sejauh 28 kilometer, serta dari Jambatan Lingga ke Jambatan Batang Lupar 2 di Sri Aman sepanjang 35 kilometer, sedang giat dijalankan.

Manakala pembinaan Jalan Sebuyau–Lingga dijangka siap menjelang Disember 2027, melengkapkan rangkaian jalan raya strategik di kawasan ini.

Beliau menegaskan, lawatan tersebut bertujuan memastikan semua projek berjalan mengikut jadual, mematuhi spesifikasi teknikal, dan memberikan impak positif kepada masyarakat secara langsung.

Turut hadir ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong, Jurutera Bahagian JKR Sri Aman Lenny Busuri, Pegawai Daerah Lingga Frank Lani, serta Setiausaha Cawangan PBB N28 Lingga Awang Najit Awang Sohor yang mewakili ADUN Lingga.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Festival Rock in the Jungle 2.0 dijangka tarik 12,000 pengunjung ke SCV
Next: 95 peserta pelbagai latar belakang sertai program pemerkasaan komuniti TVET

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.