Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak terima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri
  • SEMASA

Premier Sarawak terima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri

Utusan Sarawak 1 day ago
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin di Kompleks Satria Pertiwi. Foto UKAS

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin di Kompleks Satria Pertiwi.

Menurut Dato’ Sri Amran, kunjungan tersebut bertujuan menzahirkan penghargaan kepada Abang Johari dan kerajaan Sarawak atas kesudian menjadi tuan rumah Mesyuarat ke-24 Pegawai Kanan ASEAN-China mengenai Deklarasi Kod Kelakuan (DOC) di Laut China Selatan.

“Mesyuarat ini merupakan salah satu pertemuan utama di peringkat pegawai kanan ASEAN dan China bagi mencari hala tuju kolektif demi menjamin keamanan, keselamatan dan kemakmuran di rantau Asia Tenggara, khususnya dalam memperkukuh kerjasama berkaitan isu-isu Laut China Selatan,” katanya.

Dato’ Sri Amran Mohamed Zin pada sidang media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini. Foto UKAS

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.

Beliau menegaskan mesyuarat tidak memfokuskan kepada isu persempadanan atau bidang kuasa, sebaliknya memberi tumpuan kepada dua perkara utama iaitu memastikan semua pihak terus menghormati prinsip yang terkandung dalam DOC serta meneruskan rundingan bagi memuktamadkan Kod Kelakuan (COC) di Laut China Selatan.

“Kita telah menetapkan sasaran untuk menamatkan rundingan COC menjelang Julai 2026.

“Tarikh akhir semakin hampir dan usaha rundingan perlu digiatkan secara lebih agresif agar draf COC dapat dimuktamadkan mengikut jadual,” ujarnya. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Yusuf gesa KPM baiki sekolah daif di Tanjong Manis
Next: Premier Sarawak gesa kestabilan, kerjasama di Laut China Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.