Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga projek utama dirancang bawa manfaat besar kepada komuniti
  • Selatan
  • WILAYAH

Tiga projek utama dirancang bawa manfaat besar kepada komuniti

Utusan Sarawak 2 days ago

Mohamad Duri melakukan perbincangan bersama pihak konsultan, JKR Daerah Saratok dan JKR Bahagian Betong, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Satu sesi perbincangan strategik telah berlangsung di Pusat Khidmat ADUN N38 Kalaka melibatkan para konsultan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Saratok, dan JKR Bahagian Betong, hari ini.

Pertemuan ini berfokus pada perancangan dan pelaksanaan tiga projek utama yang akan membawa impak positif dan manfaat besar kepada komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menyatakan harapan beliau agar projek-projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Beliau menekankan bahawa inisiatif ini adalah langkah penting dalam usaha berterusan untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas yang lebih baik bagi penduduk di Daerah Saratok dan Kabong serta di DUN Kalaka.

“Antara tiga projek utama yang dibincangkan iaitu cadangan membina jalan baharu yang akan menghubungkan Sungai Anak Roban ke Peligong. Pembinaan jalan ini dijangka akan meningkatkan aksesibiliti dan memudahkan pergerakan penduduk serta aktiviti ekonomi di kawasan tersebut.

“Selain itu, naik taraf Masjid Al-Muhtadin Saratok di mana projek ini akan memastikan suasana yang lebih selesa dan kondusif untuk para jemaah, sekali gus memperkukuhkan peranan masjid sebagai pusat komuniti.

“Dan yang ketiga iaitu perbuncangan mengenai membaiki dan penyelenggaraan Pontoon Wap Jelatong Saratok dalam memastikan keselamatan dan kelancaran operasi pengangkutan air, yang merupakan perkhidmatan penting bagi penduduk setempat,” tambahnya.

Mohamad Duri berharap agar kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat dapat diteruskan demi merealisasikan projek-projek ini secepat mungkin, sekali gus memberikan kemudahan yang terbaik kepada rakyat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MDSA anjur program komuniti di Undop, tekan isu kesihatan dan perlesenan
Next: Pesta Pulau Bruit 2025 platform promosi budaya, produk tempatan dan pelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.