Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PRS cadang Christopher Gira sandang jawatan Ketua Pemuda
  • TEMPATAN

PRS cadang Christopher Gira sandang jawatan Ketua Pemuda

Utusan Sarawak 3 days ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang menerima baik cadangan Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PRS pada pemilihan parti Oktober ini.

Cadangan itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PRS semalam yang antara lain bersetuju semua jawatan utama parti dikekalkan dan dibuka untuk dipertandingkan, kecuali jawatan Ketua Pemuda PRS.

Ini susulan penyandangnya, Datuk Snowdan Lawan, mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut pada Mesyuarat Tiga Tahun Sekali (TDC) parti yang dijadual berlangsung pada 18 hingga 19 Oktober 2025.

Gira, yang juga Ahli Majlis Tertinggi PRS, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari University of Glasgow, United Kingdom, serta Jurutera Profesional Bertauliah.

Beliau juga mengusahakan syarikat perunding kejuruteraan awam dan struktur berpusat di Kuching.

Mengulas cadangan tersebut, Gira menyatakan penerimaan baik dan kesediaannya untuk memimpin sayap Pemuda PRS.

Menurut beliau, golongan pemuda adalah sebahagian penting daripada ahli parti yang akan membentuk PRS menjadi sebuah parti yang lebih komited, relevan dan dekat dengan masyarakat, khususnya golongan muda.

“Saya menggesa lebih ramai belia untuk menyertai PRS dan bersama-sama memberi sumbangan terhadap perjuangan parti.

“Untuk merealisasikan hasrat bertanding jawatan Ketua Pemuda PRS, saya turut mengharapkan sokongan dan pencalonan daripada seluruh bahagian Pemuda PRS di seluruh negeri Sarawak,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak bakal rasmi asrama DBNA September ini
Next: Peniaga Sibu disaran sertai Program Kedai MyKasih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.