Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki ditemui meninggal dunia di Sibu, polis cari waris
  • KEMALANGAN

Lelaki ditemui meninggal dunia di Sibu, polis cari waris

Utusan Sarawak 16 hours ago
Pihak polis sedang mencari waris kepada lelaki tempatan yang ditemui meninggal dunia bernama Uching Besi. Foto: PDRM


SIBU: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris seorang lelaki tempatan yang ditemui meninggal dunia di Lorong Pejalan Kaki, Jalan Tukang Besi, di sini, pada Sabtu lalu.


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, penemuan mayat itu dilaporkan kepada Balai Polis Pusat Sibu sekitar 3.43 petang hasil panggilan orang awam.

“Hasil siasatan mendapati si mati dipercayai berbangsa Iban, berusia lewat 60-an, dikenali dengan nama panggilan ‘Uching Besi’.

“Si mati merupakan seorang gelandangan yang pernah didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mempunyai sejarah penyakit mental,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, polis kini sedang mengesan waris mangsa dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Polis Balai Pusat Sibu, ASP Binsin Lunjong di talian 017-8025675.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Three-vehicle collision at VivaCity Megamall parking area
Next: Mayat warga Myanmar ditemukan separuh badan, dipercayai gigitan buaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.