Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Berapi Shinmoedake di Jepun meletus
  • GLOBAL

Gunung Berapi Shinmoedake di Jepun meletus

Utusan Sarawak 20 hours ago
FOTO fail bertarikh 11 Oktober 2017 menunjukkan satu lajur asap yang naik dari kawah Gunung Shinmoedake di rangkaian Gunung Kirishima, Daerah Kagoshima di pulau selatan Kyushu, Jepun. Foto AFP

TOKYO: Letusan kuat Gunung Berapi Shinmoedake di banjaran Gunung Kirishima berlaku sekitar 5.23 pagi tadi waktu tempatan, menghamburkan kepulan abu lebih 3,000 meter ke udara dari kawahnya, menurut media tempatan, lapor Xinhua.

Gunung berapi itu, yang terletak di sempadan antara wilayah Kagoshima dan Miyazaki, telah meletus secara berselang-seli sejak 27 Jun. Abu daripada letusan itu dilaporkan bergerak ke timur laut dan dijangka sampai sejauh Takanabe di Wilayah Miyazaki, menurut stesen penyiar kebangsaan NHK.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memberi amaran bahawa hujan abu sederhana dijangka berlaku di Kobayashi dan Takaharu di Wilayah Miyazaki, serta Kirishima di Wilayah Kagoshima.

Menurut JMA, batuan gunung berapi bersaiz kecil mungkin jatuh dalam lingkungan kira-kira 14 kilometer ke timur laut dari kawah.

Agensi itu mengekalkan amaran letusan pada tahap tiga, menasihati penduduk supaya berwaspada terhadap batuan gunung berapi bersaiz besar dalam lingkungan tiga kilometer dari kawah dan aliran piroklastik dalam jarak dua kilometer.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Empat angkasawan tiga negara selamat kembali ke Bumi
Next: Jet pejuang Britain buat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Kagoshima

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.