Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Rakyat perlu utamakan kesihatan, sambut baik Agenda Nasional Malaysia Sihat
  • KESIHATAN

Rakyat perlu utamakan kesihatan, sambut baik Agenda Nasional Malaysia Sihat

Utusan Sarawak 2 days ago
AGENDA KERAJAAN…Henry Sum merasmikan program Agenda Nasional Malaysia(ANM)yang memberi penekanan kepada aspek kesihatan rakyat. Foto: Adeng Edrus

LAWAS: Rakyat perlu menyambut baik setiap program kerajaan yang dilihat mampu memberi manfaat besar kepada mereka khususnya dalam aspek kesihatan.


Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong menegaskan kesibukan mengejar urusan dunia dan material tidak akan membawa makna jika akhirnya rakyat berdepan masalah kesihatan diri.


“Kerajaan melihat isu kesihatan ini penting, ada orang yang melihat agenda lain penting. Penghasilan duit penting bagi ramai orang tetapi tanpa kesihatan baik dan umur yang lanjut duit tidak akan datang sendiri.


“Oleh itu, para pemilik kedai perlu melihat agenda ini sebagai sesuatu yang penting dan seharusnya hadir hari ini untuk menyertai aktiviti yang diadakan,” katanya  sewaktu merasmikan Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat Parlimen Lawas di Arena Lawas hari ini.

PERIKSA KESIHATAN…Henry Sum turut melakukan pemeriksaan kesihatan dikaunter Kementerian Kesihatan Malaysia. Foto: Adeng Edrus


Program ini dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut disertai berbagai agensi dan jabatan kerajaan di Daerah Lawas.

Pelbagai aktiviti diadakan yang banyak memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dalam kalangan rakyat pelbagai peringkat umur dan latar belakang di negara ini.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh ‘Perang Terhadap Gula’, sasar kurangkan risiko penyakit
Next: Miri kekal bebas rabies 1,182 anjing divaksin setakat Januari hingga Julai ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.