Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM322 juta dilulus untuk pembangunan infrastruktur DUN Meluan
  • TEMPATAN

RM322 juta dilulus untuk pembangunan infrastruktur DUN Meluan

Utusan Sarawak 24 hours ago
SIMBOLIK PERASMIAN….Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menekan butang tanda simbolik perasmian Jambatan Nanga Lasi. 

JULAU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan kelulusan peruntukan berjumlah RM322 juta bagi pembangunan infrastruktur di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan.

Menurut beliau, peruntukan itu melibatkan tiga projek utama iaitu projek naik taraf Jalan Nanga Lasi, kawasan Balut dan Suchong yang bernilai RM92 juta, diikuti projek Jalan Lijan dengan peruntukan RM80 juta, serta projek Jalan Nanga Entaih, Rumah Sang Lasa, Kemalih dan 13 jalan penghubung lain yang melibatkan kos sebanyak RM150 juta.

“Ini adalah hadiah hari jadi saya kepada penduduk DUN Meluan dan tiga projek ini berjumlah keseluruhan RM322 juta.

RASMI…Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memotong riben sebagai tanda perasmian Jambatan Nanga Lasi. 

“Ia akan meningkatkan prasarana di kawasan ini,” katanya ketika berucap merasmikan Jambatan Nanga Lasi di sini, hari ini.

Dalam majlis sama, Abang Johari turut meluluskan pembinaan tempat parkir kenderaan bertingkat di Pekan Julau bagi menampung pertambahan jumlah kenderaan di daerah tersebut.

Menurutnya, permintaan terhadap kemudahan parkir bertingkat menunjukkan bahawa kawasan itu sedang membangun dan taraf hidup penduduknya semakin baik.

Beliau berkata, jika kawasan itu tidak maju, sudah tentu tiada keperluan bagi pembinaan kemudahan seperti itu.

Tambahnya, kerajaan akan mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk membangunkan tempat parkir bertingkat tersebut dalam masa terdekat.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: JCI digesa tunjangi peranan belia hadapi tiga isu global
Next: Perkasakan proses pembinaan stesen petrol di Sarawak untuk tingkatkan produktiviti, tarik pelaburan – MPC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.