Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Status pelaksanaan semasa projek pembangunan DUN N.38 Kalaka disemak
  • Selatan
  • WILAYAH

Status pelaksanaan semasa projek pembangunan DUN N.38 Kalaka disemak

Utusan Sarawak 17 hours ago

MOHAMAD Duri mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek BDDA bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Betong, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

BETONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Betong.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi menyemak status pelaksanaan semasa projek pembangunan di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Kalaka yang berada di bawah kendalian BDDA. 

Ini termasuk projek infrastruktur asas, kemudahan awam, utiliti, serta projek berimpak tinggi yang dirancang untuk manfaat penduduk setempat.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada beberapa isu dan cabaran yang dihadapi di peringkat tapak, antaranya kelewatan kerja, masalah teknikal, serta penyelarasan antara agensi pelaksana. 

Langkah-langkah penyelesaian secara kolektif turut diketengahkan dalam mesyuarat tersebut.

Mohamad Duri menekankan pentingnya kerjasama erat antara semua pihak terlibat bagi memastikan setiap projek dapat dilaksanakan dengan lancar, menepati jadual serta mencapai objektif pembangunan yang telah ditetapkan.

Beliau turut menggesa agar agensi pelaksana dan penyelaras projek mempercepatkan tindakan susulan terhadap sebarang isu yang dibangkitkan di lapangan demi kelangsungan pembangunan yang berimpak kepada komuniti setempat.

Kehadiran semua agensi teknikal dan pelaksana ini telah memperkukuh keupayaan mesyuarat dalam membuat penilaian holistik terhadap status projek dan penyelesaian praktikal terhadap isu-isu berbangkit di lapangan.

Turut hadir Pegawai Tadbir Khas BDDA, Abang Mohamed Abang Turkey, Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, Setiausaha Majlis Daerah Saratok, wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Jabatan Pertanian, Sarawak Energy Berhad (SEB), serta pegawai-pegawai agensi pelaksana lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tokong Fo Guang See, Dewan Yuanchen pacu perpaduan komuniti Beliong
Next: Projek naik taraf jalan ke sungai di Rumah Panjang Mupoh Atas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.