Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Tampil koleksi ‘perahu kertas’, inspirasi zaman kanak-kanak Hatta Dolmat
  • HIBURAN

Tampil koleksi ‘perahu kertas’, inspirasi zaman kanak-kanak Hatta Dolmat

Utusan Sarawak 2 days ago
PEREKA fesyen tersohor, Hatta Dolmat ketika ditemui pada sesi sidang media Hatta Dolmat raikan 20 tahun dengan koleksi Perahu Kertas di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 baru-baru ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mendapat inspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanak dengan permainan lipatan perahu kertas, pereka fesyen tersohor Hatta Dolmat menampilkan koleksi terbaharu bertemakan Perahu Kertas bersempena dengan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025.

Hatta, 43, berkata koleksi itu menjadi simbolik perjalanan 20 tahun kerjayanya dalam industri fesyen, selain meraikan sedekad pembabitannya di pentas KLFW.

PEREKA fesyen tersohor, Hatta Dolmat (tengah) bersama penaja dan rakan kolaborasi, Opai atau Aliff Awang (dua,kanan) pada sesi sidang media Hatta Dolmat raikan 20 tahun dengan koleksi Perahu Kertas di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 baru-baru ini. Foto BERNAMA

“Perjalanan 20 tahun ini ibarat satu pelayaran. Ada masa lautnya indah, ada masanya bergelora. Kadangkala kita kena berhenti di jeti untuk berehat sebelum kembali meneruskan impian.

“Perahu kertas bagi saya kecil dan ringkas, tetapi melambangkan semangat untuk terus bergerak walaupun rapuh,” katanya kepada pemberita selepas pertunjukan fesyen koleksi baharunya itu baru-baru ini.

Berbeza dengan identitinya sebelum ini yang sinonim dengan warna terang dan motif berani, koleksi Perahu Kertas mengetengahkan rekaan sederhana dan mudah digayakan.

Katanya koleksi itu merangkumi lebih 30 rekaan pakaian, antaranya kemeja dan blaus menggunakan kain asas seperti kapas, linen dan denim, dengan gaya potongan longgar, jaket pendek, seluar panjang serta helaian denim yang direka lebih kemas dan berstruktur.

MODEL-model tempatan dan Antarabangsa menampilkan koleksi terbaharu pereka fesyen tersohor, Hatta Dolmat bertemakan Perahu Kertas sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2025 yang diadakan di KLCC baru-baru ini. Koleksi Perahu Kertas merangkumi lebih 30 rekaan pakaian antaranya kemeja dan blouse menggunakan kain asas seperti kain cotton, linen dan denim dengan struktur lebih kemas. Foto BERNAMA

Gaya Hatta tetap terserlah melalui lipatan halus berjahit (pintucks) dan permainan siluet, manakala ton lembut seperti nude, off white, baby blue dan butter yellow dipilih untuk mengekalkan aura sederhana tetapi eksklusif, seiring konsep “quiet luxury” yang dibawa.

“Ini adalah koleksi yang sangat peribadi. Masih ada struktur dan teknik lipatan yang menjadi identiti saya, tetapi kali ini orang boleh membayangkan diri mereka memakainya, bukan sekadar hanya menontonnya di pentas.

“Ia sebagai tanda penghargaan buat pengikut setia saya yang menyokong saya sepanjang sedekad di pentas KLFW. Ini cara saya untuk ‘give back’ kepada mereka,” katanya.

Tidak hanya mempersembahkan koleksi busana, Hatta turut melancarkan rangkaian minyak wangi kolaborasi bersama-sama pempengaruh Opai, yang dinamakan Hope. 

“Ini kali pertama saya gabungkan koleksi fesyen dengan minyak wangi. Saya mahu memberi sesuatu yang lebih peribadi sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang bersama saya selama ini,” katanya.

Bermula 4 hingga 10 Ogos, KLFW kembali dengan lebih gah bagi musim ke-13, menghimpunkan lebih 55 pereka dan jenama termasuk nama-nama besar, pereka baharu serta label fesyen yang telah kukuh.– Bernama

Continue Reading

Previous: Tetap dahagakan ilmu, Diana Danielle terus belajar demi masa depan
Next: MC Hammer disaman kerana pinjaman kereta tertunggak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.