Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Sarawak perketat pemeriksaan tali pinggang keledar bas di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

JPJ Sarawak perketat pemeriksaan tali pinggang keledar bas di Miri

Utusan Sarawak 3 days ago

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus memperkukuh komitmen terhadap keselamatan jalan raya menerusi pelaksanaan Ops Pemakaian Tali Pinggang Keledar Bas Ekspres dan Persiaran yang dijalankan di sekitar bandar raya Miri, semalam.

Operasi tersebut diketuai sendiri oleh Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, yang turun padang bagi meninjau secara langsung pelaksanaannya.

Pemeriksaan menyeluruh dilakukan terhadap sistem keselamatan bas, khususnya pemakaian tali pinggang keledar oleh penumpang serta pematuhan pengusaha bas terhadap peraturan yang ditetapkan.

JPJ ingin menegaskan bahawa pemakaian tali pinggang keledar bukan sekadar satu keperluan undang-undang, malah merupakan langkah penting bagi mengurangkan risiko kecederaan serius atau kehilangan nyawa sekiranya berlaku kemalangan.

Turut hadir Ketua Cawangan JPJ Miri, Fifi Suhesty Asmuni.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KEMAS dan JKR Sarawak selaras projek pembangunan fasiliti
Next: Drainage neglect causing floods and odours, says Soo Tien Ren

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.