Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi bakal sempurnakan penutupan Pesta Benak Sri Aman 2025
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi bakal sempurnakan penutupan Pesta Benak Sri Aman 2025

Utusan Sarawak 3 days ago
KUNJUNGAN HORMAT… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tengku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman Edisi ke-22. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tengku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi bakal menyempurnakan majlis penutupan Pesta Benak Sri Aman Edisi ke-22 pada 21 September ini di Pentas Utama Pesta Benak.

Undangan ke majlis tersebut disampaikan pada sesi kunjungan hormat ke atas Tun Wan Junaidi di Astana Negeri, Petra Jaya hari ini oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis, selaku ketua rombongan Ahli Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman Edisi ke-22.

Semasa pertemuan, Tun Wan Junaidi serta isteri turut dimaklumkan mengenai perkembangan serta persiapan penganjuran pesta yang akan berlangsung pada 19 hingga 21 September di Tebingan Sri Aman.

Majlis pra-pelancaran pesta berkenaan akan diadakan pada 19 September oleh ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, manakala majlis perasmian dijangka akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 20 September di Pentas Utama Pesta Benak.

Edisi ke-22 penganjuran Pesta Benak Sri Aman tahun ini bakal menampilkan pelbagai acara menarik berlatarkan fenomena unik benak di Sungai Batang Lupar seperti Regata Benak Batang Lupar, Benak Road Trail Run, Miss Tourism Benak 2025, Pameran Pembangunan, Pameran dan Gerai Jualan Usahawan MPUB (Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera), Bazar Ria Benak, Pentas Perpaduan, Pentas Kebudayaan serta ATM (Angkatan Tentera Malaysia) bersama Komuniti Benak.

Pesta bertemakan ‘Terokai Keunikan dan Cabaran Fenomena Benak di Batang Lupar, Sri Aman, Sarawak’ tersebut dijangka akan menarik kehadiran pengunjung dari dalam dan luar Sarawak, sekali gus mengangkat dan mempromosikan keindahan alam, warisan budaya masyarakat, serta potensi pelancongan Sri Aman kepada pengunjung.

Hadir sama, Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh; Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang serta ahli-ahli jawatankuasa yang lain. – JAPEN

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan Datuk Amar Juma’ani ikonik baharu di Kuching
Next: Regatta Belaga 2025 angkat sukan air, perpaduan dan budaya tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.