
PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kerajaan Republik Singapura yang diketuai oleh Menteri Tenaga, Sains dan Teknologi serta Menteri Tenaga Kerja Singapura, Dr Tan See Leng.
Pertemuan yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi itu bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama strategik antara Sarawak dan Singapura dalam bidang tenaga, sains dan teknologi.
Delegasi Singapura turut disertai oleh Penolong Ketua Pegawai Eksekutif, Energy Market Authority (EMA), Eugene Toh, Ketua Pegawai Eksekutif, Singapore Energy Interconnections (5GE), Ong Teng Koon, Timbalan Pengarah, Kementerian Perdagangan dan Industri, Li Xiaoyao, Kaunselor (Ekonomi), Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, Melissa Lee, Penolong Pengarah Kanan, Kementerian Perdagangan dan Industri, Serena Chan, Singapore Energy Interconnections (5GE), Seow Hui Lin Joycelyn, Penganalisis Utama, Energy Market Authority, Kannan Arunachalam.
Turut hadir Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, Fenny Nuli. -UKAS