Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Batu 7 Kota Sentosa

Facebook
WhatsApp
OPERASI... Anggota bomba dari BBP Kota Sentosa menjalankan operasi pemadaman kebakaran melibatkan tiga rumah setingkat di Batu 7, Kota Sentosa, hari ini. 

KUCHING: Tiga rumah jenis satu tingkat musnah dalam satu kejadian kebakaran di Batu 7, Kota Sentosa, Jalan Penrissen petang tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.44 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa dikerah ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian pada 3.53 petang, pasukan operasi mendapati api sedang marak melibatkan tiga rumah kekal setingkat. Tindakan pantas pasukan Bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke struktur lain berhampiran,” kata kenyataan itu.

Seramai 24 anggota dari BBP Kota Sentosa bersama pasukan bantuan dari BBP Tabuan Jaya dan BBP Batu Lintang telah dikerah ke lokasi kejadian.

Operasi pemadaman diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Tiwi Ni’os dengan kekuatan logistik melibatkan tiga Jentera Menyelamat dan Pemadaman Kebakaran (FRT) dan sebuah unit Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya Pada 4.10 petang.

Sementara itu, kerja pemeriksaan dan pemadaman sisa kebakaran masih giat dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Shikin Mahmud

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis